‘Lari’ dari situasi kebiasaan ketika sesi temuduga, cetusan idea pihak Hotel Monopoly Mansion by Sirocco, Bukit Bintang apabila menetapkan tema Gatsby sebagai tema dalam pencarian pekerja mereka nyata mengundang perhatian netizen.

Apa tidaknya, tema yang cukup sinonim dengan penampilan kebanyakan selebriti legenda Hollywood pada era 20-an itu kembali diangkat sebagai syarat utama temuduga hotel yang bakal memulakan operasinya tidak lama lagi itu.

Menariknya juga, majoriti calon yang hadir setakat ini mempamerkan semangat apabila berani sahut cabaran dalam mengenakan gaya klasik yang tak ditelan zaman itu.

Seunik namanya, Hotel Monopoly Mansion by Sirocco secara tidak langsung telah mencetuskan sensasi menerusi keunikannya dalam sisi pemilihan pekerjanya itu.

Ads

Tiada penampilan normal, sebaliknya hanya gaya fesyen Gatsby yang ‘sleek’.

“Kena Datang Interview Pakai Baju Tema Gatsby Macam Gaya Artis Hollywood Era 1920an”, Lain Dari Lain Okay! “Kena Datang Interview Pakai Baju Tema Gatsby Macam Gaya Artis Hollywood Era 1920an”, Lain Dari Lain Okay!

Pada masa sama, temuduga yang dibuka sehingga 23 Ogos itu turut menawarkan pelbagai jawatan, seperti pegawai jualan dan pemasaran, makanan dan minuman, kejuruteraan, sumber manusia dan sebagainya.

Ads

Dek kelainan yang ditampilkan itulah, bintang media sosial, Ron Kamisan turut memuat naik posting temuduga yang lain dari lain ini.

Ads

Hotel Monopoly Mansion by Sirocco merupakan hotel pertama dunia yang menampilkan tema permainan antarabangsa popular, Monopoly.

Tuah manusia tak siapa tahu kan? Kalau ada yang pasang impian untuk berkerja di hotel yang unik ini, jangan lepaskan peluang guys!

“Kena Datang Interview Pakai Baju Tema Gatsby Macam Gaya Artis Hollywood Era 1920an”, Lain Dari Lain Okay!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI