Dikatakan mempunyai iras wajah yang hampir serupa, penyanyi, Zubir Khan akui belum bersedia untuk bertemu dengan keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia kerana menjadi mangsa buli pada 2017.

Menurut Zubir, selain enggan memberikan tekanan emosi daripada pihak keluarga, dia juga harus membuat persiapan mental dari segi peribadi.

“Kena Fikir Situasi Mereka,” – Wajah Dikatakan Seiras, Zubir Khan Belum Sedia Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan

“Memang ada iras-iras tapi bukanlah seratus peratus sama. Mungkin sama dari segi senyuman dan pandangan.

“Saya pun ada terdetik nak berjumpa mereka tapi pada masa sama, kita kena fikir situasi-situasi yang sedang dialami keluarga

“Kalau perkara itu jadi kepada keluarga kita, boleh ke kita terima? Walaupun kes tersebut sudah berlaku lama. Kita pasti akan rasa rindu terutama sekali buat ibu dan ayah arwah,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Yennode Macha ini berkata sedemikian ketika ditemui di Tik Tok Awards 2024, baru-baru ini.

Ads

Bagaimanapun, Zubir memaklumkan dirinya sudah pun berhubung dengan kedua orang tua arwah Zulfarhan dan bakal merancang untuk melawat bila tiba waktu yang sesuai.

“Kena Fikir Situasi Mereka,” – Wajah Dikatakan Seiras, Zubir Khan Belum Sedia Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan “Kena Fikir Situasi Mereka,” – Wajah Dikatakan Seiras, Zubir Khan Belum Sedia Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan

“Bukan saya tak nak berjumpa tapi saya perlu masa. Saya tak nak buat keputusan terburu-buru. Kita kena faham situasi keluarga juga.

“Saya tunggu bila keadaan reda nanti. Apapun, saya sudah berhubung dengan keluarga arwah dan tahu di mana mereka tinggal cuma saya belum bersedia lagi.

“Saya yang mula hubungi mereka dan kami sudah berbual,” kongsinya lagi.

Ads

Mengulas mengenai kejayaan dua buah lagunya yang kini mendapat sambutan luar biasa, penanyi yang terkenal menerusi lagu berbahasa Tamil ini mahu meneruskan momentum tersebut dengan menghasilkan mini album.

“Kena Fikir Situasi Mereka,” – Wajah Dikatakan Seiras, Zubir Khan Belum Sedia Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan

“Selepas Yennode Macha dan OMK, kini saya sedang mempersiapkan mini album. Saya tak nak jadi one hit wonder sahaja.

“Album ini mengandungi tiga lagu Tamil, satu lagu campur Tamil dan Bahasa Melayu dan satu lagi lagu Bahasa Melayu penuh yang dinyanyikan saya seorang,” katanya lagi.

Ads

Ditanya mengenai perasaannya selepas ramai yang menggelarkan dirinya ikon perpaduan, Zubir merasakan namanya masih kerdil dan belum layak menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya rasa amat berbangga namun itu adalah gelaran yang diberikan oleh orang ramai. Namun, saya merasakan diri saya belum layak dan ada orang lain yang jauh lebih baik.

“Saya pun baru ada beberapa buah lagu. Alhamdulillah, ramai yang suka. Sebelum ini, saya ada dijemput untuk buat persembahan di majlis perkahwinan dan hari lahir orang Melayu.

“Malah, mereka bawa sekali kumpulan gendang yang popular dikalangan bangsa India. Mungkin sebab itu ada yang nampak saya seperti ikon perpaduan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Zubir Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI