Susulan insiden menerima bungkusan hadiah daripada wanita yang tidak dikenali yang turut mengaku sebagai isteri, pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan wanita berkenaan telah pun menjelaskan mengenai perkara sebenar.
Jelas wanita bernama Ayu itu, dia sebenarnya merupakan salah seorang mangsa penipuan yang terpedaya dengan pujuk rayu individu tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai Dr. Say.
“Selamat berpuasa, jangan mengata dan buat fitnah dekat orang. Kadang-kadang bukan salah perempuan seratus peratus. Dah Dr. Say ini yang glamour. Ramai yang nak jadi Dr. Say fake. Dan biasa dekat alam maya ini.
“Yang dah kena game dengan orang fake ini tentulah punah hatinya. Dia tahu dirinya tak layak untuk orang macam Dr. Say dan takkan mampu nak membandingkan diri dengak Dr. Azura.
“Macam langit dan bumi kejadiannya. Dia bukan tak sedar diri dia yang serva kekurangan, sedar je cuma dah kena prank. Harap orang luar tidak buat fitnah bukan-bukan.
“Bab-bab santau dan sihir ni memang tiada. Cuma orang yang tak takut Allah je yang buat zalim sesama manusia,” tulis wanita berkenaan.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Say menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas Dr. Say, selepas mengamati semula hantarannya sebelum ini, dia sedar bahawa tindakan Ayu itu sememangnya merbahaya dan bukannya bahan jenaka.
“Maafkan saya on the recent incident peeps. Bila saya baca komen-komen kalian dan bila saya fikir-fikir balik, ada banyak betulnya apa yg kalian nasihatkan. Yang this is a serious matter.
“Dan saya bertuah juga bini saya seorang yang calm dan composed yakni dia tak berhasrat ingin menyerang Ayu tersebut. Satu lagi yang penting saya rasa is trust in the relationship.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya telah pun memaafkan Ayu diatas segala perbuatannya itu.
“Saya buat post ni bukan nak aibkan Ayu, in fact saya dah sorok muka Ayu tapi Ayu sendiri yang berani ke hadapan untuk mengaku dirinya Ayu.
“Admire orang lain is fine tapi to approach them in such manner/ saying such things is a NO NO.
“Boleh menimbulkan fitnah, boleh merosakkan rumah tangga, boleh menimbulkan syak wasangka jadi kepada Ayu, saya maafkan awak tapi lepas ni simpan dalam hati ye?,” akhirinya.
Baru-baru ini, Dr. Say mendedahkan dirinya ada menerima bungkusan hadiah berisi bunga ros, coklat dan kad ucapan daripada seorang wanita yang tidak dikenali.
Malah, wanita berkenaan secara terbuka mengakui dirinya sebagai isteri kepada Dr. Say.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say Shazril