Sekarang ini, banyak betul lambakan produk-produk kesihatan dan ubat-ubatan dijual sewenang-wenangnya.
Apa yang mengejutkan juga apabila para selebriti turut terpalit mempromosikan produk-produk tersebut.
Baru-baru ini, seorang selebriti menerima kecaman teruk apabila dia mempromosikan ubat tinggi di laman Instagram miliknya. Rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakannya itu.
Dalam pada itu, perkongsian selebriti tersebut turut mendapat perhatian para doktor namun pada MH ‘nasihat’ yang diberikan oleh Doktor Amalina Bakri yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia 2004 (SPM2004).
“As a doctor, I would like to encourage Malaysian celebrities to be more careful at promoting products on their social media.
“If you’re not sure of the consequences, please ask for advice. Please be more responsible as you have fans and followers who look up to you, thank you,” tulisnya.
Tepat dan padat apa yang ditulis oleh Amalina, kalau kita lihat pun bukan selebriti itu sahaja terlibat promosi ubat-ubatan ini dan mereka sendiri tak tahu sama ada ubat tersebut selamat untuk digunakan atau tidak.
Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Amalina yang kelihatan seperti cuba ‘mengenakan’ selebriti tersebut namun dia bijak menjawab tuduhan netizen.
Sambil itu, MH lihat ramai juga yang memberikan pujian kepada Amalina di atas nasihatnya itu.
Apa-apapun, sebagai seorang doktor yang mempunyai kelayakan, wajarlah kita ‘take note’ apa yang dikatakan oleh Amalina. Lagipun, nanti kalau sakit, doktor juga yang dicari kan?
Sumber: Twitter Amalina Bakri