Pelakon Puteri Sarah bersyukur dan berbangga apabila anak sulungnya, Syaikul Islam sukses meraih keputusan cemerlang di dalam kesemua mata pelajaran yang diambil menerusi satu peperiksaan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik Puteri Sarah menerusi akaun TikTok, dia berkongsi momen meneliti keputusan peperiksaan tersebut sambil ditemani Syaikul di dalam kereta.

Syaikul berjaya mendapat ‘A’ dalam kesemua subjek termasuk markah penuh 100 di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Syaikhul’s report card day! Alhamdulillah syukur. I am a proud mama,” tulis Puteri sarah menerusi video yang sudah pun menerima lebih setuja tontonan itu.

Ads

Sejurus menilai, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan nasihat kepada Syaikul untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak soleh.

Ads

“But overall you are very good. Good job. Okay you kena study hard, sekali dengan football pun bagus juga okay. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” pesannya.

Ads

Imbas kembali, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI