Mengambil posisi sebagai pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow ini iaitu Kamalia Jamaludin memberitahu, pengalaman masuk gua sesuatu yang cukup mendebarkan.
Ulasnya, dia terpaksa masuk di bawah batu dan merangkak di kawasan sempit dan gelap gelita demi memenuhi tugasan Kisah Dalam Gua.
”Pengalaman masuk gua dengan tempat yang sangat gelap dan sempit, sukar nak gambarkan.
“Saya terpaksa masuk di bawah batu, merangkak di tempat yang gelap. Saya pula takutkan tempat gelap. Kadang kala terdengar ada yang jerit sebab terpijak kaki sebab tempat itu sempit.
“Apa yang paling saya takut adalah ahli kumpulan yang hilang atau tertinggal di dalam gua,” kata graduan Kewangan daripada UiTM Shah Alam ini.
Soal penampilan di tolak ke belakang, ulas wanita berusia 27 tahun ini, dia tidak kisah tampil tanpa solekan asalkan matlamat tugas tercapai.
“Sudah semestinya saya rela terlihat buruk di depan kamera. Sewaktu masuk ke dalam gua, takkan saya nak pakai cantik-cantik dan bermekap, kenalah ikut keadaan.”
Biarpun masih muda, namun dia meminjam pengalaman individu sekeliling untuk dijadikan sandaran dalam mengenengahkan isu wanita.
“Biarpun orang kata tak sesuai berbicara soal wanita dan keluarga kerana saya masih muda dan belum berkahwin, namun saya melihat sekeliling dan mengambil pengajaran daripadanya.
“Asyik mengulas isu keluarga, orang kata tua sebelum usia, tak adalah. Itu yang mematangkan saya.
“Saya bawa umur 27 tahun namun fikiran kena matang. Sebab itu saya akan cuba beri nafas baharu kepada program ini untuk menarik minat golongan yang lebih muda,” katanya kepada MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI