Aktres popular, Fasha Sandha akui dia okay sahaja untuk menyarung pakaian yang harganya mesra milik.
Malah pendedahannya itu turut meraih perhatian ramai apabila ia dikongsikan di TikTok.
Menerusi video pendek itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi perkara tersebut sambil berjalan di sebuah pusat membeli-belah.
“Tak kisah. Macam ni (baju yang dipakai) yang dipakai sekarang beli dekat Shopee je, RM19. Cantik tak? So beli… you kena pandai, rajin scroll-scroll lah,” katanya sambil tersenyum.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri pelakon drama Rampas Cintaku itu.
“Dia cantik tau, pakai baju pasar malam pun cantik giler.”
“Humble betul Fasha ni. Enjoy your outfits.”
“Fasha tak selalu membazir, duit beli barang pun jimat.”
“Dia pakai baju RM19, dah nampak mahal.”
“Fasha ni dari dulu jenis yang simple dan jarang tunjuk barang brand-brand mewah dia.”
“Kalau dah cantik, pakai baju apa pun cantik.”
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Radhi OAG Sah Cerai Talak Satu
Setelah sah cerai talak satu pada pagi tadi, vokalis OAG, Radhi mengakui berhasrat untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri atau lebih dikenali sebagai Ayu.
Kata vokalis kumpulan OAG itu, meski hidup perlu diteruskan selepas apa yang berlaku, namun dia masih ada hasrat untuk kembali bergelar suami kepada Ayu.
“Saya akan cuba rujuk dengan Ayu. Islam memang cantik. Allah bagi pilihan untuk cerai dan rujuk. Jadi kehidupan perlu diteruskan.
“Dalam proses merujuk, saya perlu ada perancangan baru juga,” katanya.
Pada masa sama, Radhi turut mengakui ini merupakan dugaan dariNya.
“Dugaan ini adalah cara Allah menegur saya.
“Saya yakin apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” kongsi Radhi.
Terdahulu, Radhi ditemui media sejurus selesai lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam prosiding yang berlangsung itu, Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali, 41, melafazkan cerai talak satu terhadap Ayu, 25.
Sementara itu, Ayu turut meluahkan rasa lega apabila proses perceraian mereka berjalan lancar.
“Alhamdulillah. Rasa lega sangat kerana semuanya susah selesai dan dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai isu rujuk seperti yang diperkatakan Radhi, Ayu tidak boleh memberikan jawapan setakat ini.
“Pasal rujuk itu saya belum fikir apa-apa lagi. Saya minta maaf tidak dapat kongsi sama ada masih ada perasaan sayang terhadap Radhi atau tidak.
“Radhi seorang yang baik. Kami masih boleh jadi kawan macam biasa. Hari ini pun kami jumpa macam kawan. Rumah kami pun dekat saja untuk dia datang melawat anak-anak.
“Saya akan tinggal bersama keluarga. Buat masa ini, saya mahu bagi masa untuk diri sendiri. Kalau dia kata nak berubah, itu baguslah untuk semua orang terutama anak-anak kami.
“Saya juga tidak meletakkan syarat atau masa tertentu untuk dia jumpa anak-anak. Kalau dia rasa nak datang, bila-bila masa pun boleh,” jelasnya.
Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak iaitu Nuraishah,4, dan Muhammad, 3.
Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 Dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan berkenaan, keduanya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim, 14.
Sumber: Utusan Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Bukan 100% Hiburan Saja,” – ‘Lelaki Itu’ Dapat Respon Baik Agamawan, Adi Putra Syukur
Pelakon, Datuk Adi Putra menyambut baik pandangan para agamawan yang menjadikan konflik di dalam drama Lelaki Itu sebagai contoh untuk menjelaskan segala permasalahan dari sudut pandang agama.
Menurut Adi, hal ini sekali gus mendekatkan jurang diantara para agamawan dengan karya dan penggiat industri seni.
“Terima kasih dan syukur alhamdulillah kepada para agamawan kerana mereka juga menonton drama Lelaki Itu. Seperti kita tahu, ada agamawan yang tidak menonton tv atau filem.
“Jadi mereka akan tahu apa yang berlaku di dalam televisyen. Dalam industri ini, kita sebenarnya bukan 100 peratus hiburan sahaja. Tidak sama sekali. Itu hanya tanggapan.
“Janganlah beranggapan industri hiburan ni semata-mata memberikan mesej yang tidak baik. Saya juga ingin berterima kasih kepada golongan agamawan yang menyentuh isu di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon asal Singapura ini akui tidak terkesan meskipun menerima kecaman hebat daripada netizen disebabkan wataknya di dalam drama tersebut.
“Saya ada menerima kecaman dan komen negatif. Namun, saya melihat perkara ini dari sudut positif. Manusia memang diciptakan tidak sempurna dan apa yang berlaku dalam drama ini hanyalah lakonan semata-mata.
“Namun, ia tetap perkara nyata yang kerap terjadi di zaman sekarang. Ia langsung tidak memberikan kesan kepada saya walaupun mendapat tomahan dan kecaman.
“Kalau kita melihat dari mata hati, segala yang berlaku disebabkan keadaan sekeliling. Sebab itu terjadinya masalah poligami, faraid, perundangan syariah dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada drama ini hanya ingin menunjukkan kelemahan pihak lelaki, Adi Putra sebaliknya menyeru kaum adam untuk menjadikannya sebagai pengajaran untuk menguruskan hidup dengan baik.
“Kepada lelaki di luar sana, ambillah perkara yang berlaku ini sebagai satu cabaran. Ini cabaran kita sebagai khalifah untuk mengatasi segala keadaan kerana pilihan di tangan anda.
“Apa yang berlaku kepada kita bukan ujian. Tuhan tidak akan menzalimi sesuatu malainkan kalau kita minta sesuatu untuk dizalimi,” akhirinya.
Terdahulu, drama Lelaki Itu telah mencipta sensasi selepas meraih jumlah carian lebih 1 billion di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Sekarang Saya Masih Dibuli Dalam Media Sosial, Tidak Kiralah Buat Salah Ke Tidak…,” – Sophia Albarakbah
Pelakon cantik, Sophia Albarakbah mendedahkan sehingga kini dia masih menjadi mangsa buli segelintir netizen dalam media sosial.
Akui perlu terus kuat, bintang berusia 31 tahun ini akui dia tidak tahu apa sebab masih ada yang melemparkan komen yang tidak manis terhadap dirinya.
“Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya.
“Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.
“Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya, petik kepada Kosmo! Online.
Tidak menafikan ada komen melampau telah diterima, bintang filem Miimaland tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terus menerus membulinya dalam media sosial.
“Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan.
“Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini.
“Saya tak tahu kenapa ada netizen yang berani bertindak (tulis komen negatif), namun apa-apa pun alasan, harap mereka berhenti kerana perkara sebegitu tidak baik pun.
“Buli bukan perkara remeh kerana mampu membawa kepada sesuatu yang lebih serius terutama terhadap kesihatan mental dan kestabilan emosi seseorang.
“Kalau orang mental tak kuat, memang akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” katanya yang pernah bertemu pakar terapi untuk menangani kemurungan selepas dikecam hebat sebelum ini.
Nama Sophia pernah menjadi buah mulut ramai termasuk menjadi sasaran warganet apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI