Tidak mampu menyembunyikan keterujaan memiliki anak perempuan, Datin Seri Umie Aida tidak menafikan perasaan dan semangat keibuannya memuncak.
Lebih-lebih lagi impian itu hadir selepas menanti hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata.
Tambahnya lagi, setiap anak harus menghargai jasa ibu yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
“Bila ada baby girl.. lain rasanya. Kita akan melaramkan dia. Kena pulak ku menunggu rezeki ni hampir 10 tahun.. semcm punya semangat keibuan yg muncul dalam diriku ini.
“Tapi nak tanya sikit apakah setiap ibu akan rasa lenguh2 belakang sebab dukung baby ? Aisya 7kg.. setiap malam ku rasa lenguh badan ku . Mcmmana @bettyrahmad dukung @ardywira_ ? Muuu rasakah?
Ads
“Kalau semua ibu lenguh.. maka anak2 semua hargailah jasa ibu okay. Ni baru level lenguh.. belum lagi bab2 lain,” tulisnya.
Penyanyi, Adira Suhaimi nekad untuk meneruskan penceraian dengan suami iaitu Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.
Menurut Adira, dia melihat pencerai sebagai jalan terbaik setelah kemelut rumah tangga yang berpanjangan.
“Alhamdulillah saya baik-baik saja sekarang. Saya hanya fokus apa yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak.
“Buat masa sekarang memang ini sahaja jalan (penceraian) yang saya nampak. Apapun, kita tunggu sahaja proses mahkamah.
“Saya percaya memang pihak suami mahu berbaik tetapi macam saya kata jalan yang saya nampak hanyalah perpisahan,” katanya kepada MH.
Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa dimajlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang berlangsung di I Space, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Meskipun berdepan isu rumah tangga, penyanyi lagu Pujaan Hati ini memberitahu dia enggan menunjukkan emosi di hadapan anak-anak.
Malah, Adira mengakui personaliti ceria yang ditunjukkan di media sosial adalah tentang dirinya yang sebenar dan bukan bertujuan untuk menutup rasa sedih yang sedang dilalui.
“Apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah benar. Saya tidak berpura-pura gembira.
“Penting untuk seorang ibu kepada empat orang anak tunjuk yang positif sahaja.
“Saya elak nangis depan anak. Ibu tunjang keluarga, jika hati kurang senang mereka akan rasa melalui layanan kita.
“Kadang kalau kita tak okay, terjerit kepada anak. Itu yang saya tak nak,” ujarnya.
Ditanya adakah dia masih tinggal sebumbung bersama suami, Adira memberitahu mereka masih sah sebagai pasangan dan tidak pernah menghalang untuk tinggal bersama.
Kata Adira, dia juga tidak mahu mengeruhkan hubungan antara suami dan anak-anak walaupun sedang berada dalam fasa untuk bercerai.
“Selagi belum bercerai dia masih suami saya. Saya tidak mahu bergaduh atau hadkan masa dia bersama anak-anak.
“Saya tidak pernah menghalang dia datang atau mahu tidur di rumah. Kalau boleh saya nak berpisah cara baik, matang dan tenang.
“Suami pun ada hak untuk ambil tahu tentang anak-anak dan ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan,” katanya.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.
Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra mendedahkan dia tidak berjaya menghubungi pihak penerbit, Kembara Studio Sdn. Bhd.
Lantaran itu, dia terpaksa menggunakan platform media sosial agar perkara tersebut dapat didengari.
“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn. Bhd., andai tidak cukup handphone kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.
“Akan kerana ini saya akan memanfaatkan sosial media agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio dan InsyaAllah saya tidak akan hadir ke Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Adi Putra memerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu tidak mengulas lanjut mengenai punca sebenar hantaran itu dibuat.
Pada masa sama, dia turut menyatakan hantaran tersebut adalah bersifat sementara.
Adi Putra turut memaklumkan, berkemungkinan besar dia juga tidak akan ikut serta pada tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti akui terkejut dengan perkara tersebut selain turut mendoakan agar apa sahaja permasalahannya dapat diselesaikan dengan baik.
Terdahulu, Mat Kilau mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila merekodkan kutipan tiket berjumlah RM96 juta dalam tempoh 40 hari tayangan bermula 23 Jun lalu.
Selain Adi Putra filem epik ini juga turut dibintangi pelakon hebat tanah air lain antaranya Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!