Pengacara dan model, Ain Edruce ada berkongsi tips buat mana-mana pasangan yang tidak lagi mahu meneruskan hubungan cinta dengan ‘mintak break cara Abe Ashley’.

Perkongsian menerusi potongan video pendek dari program Hurr.TV itu disampaikan secara seloroh oleh bintang tinggi lampai itu nyata mengundang tawa di kalangan netizen.

“Kalau korg nk tau .. ain ni peminat @yoe_parey and @asifsuhaimiii02 . Hahaha so kite org kat #LIMALETOP nak aja korg semua nak reject org cara sopan.

“Kalau abg ashley mesti cmnie kan? Hahaha. Nak tgk full version, pegi youtube @hurr.tv okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ads

“Kalau kau dah buntu nak guna cara apa, kalau boleh reject (kekasih) cara Ashley,” katanya sambil menunjukkan cara.

Ads

Sehingga kini, video yang dikongsikan Ain sudah pun ditonton lebih 200,000 kali dengan menerima reaksi pelbagai netizen.

Ads

Terdahulu, kata-kata berkenaan menjadi tular apabila ia disampaikan secara bersahaja oleh Yoe Parey menerusi salah satu babak dalam Drama Spontan 12; Ashrul atau Ashley.

Foto: Instagram Ain Edruce, Yoe Parey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI