“Kena Suami Baran, Mau Kena…,” -Campak Lampin Pakai Buang Berisi ‘Tahi’, Shakilla Khoriri Terima Komen Pelbagai Netizen

Share

Kecoh apabila pelakon, Shakilla Khoriri dilihat memegang lampin bayi yang seakan-akan berisi najis berwarna kuning lalu mencampakkan ia pada muka suami. 

Bagaimanapun sebenarnya, ‘gurau kasar’ tersebut adalah sebagai kejutan istimewa buat suami tersayang. 

Terdahulu, Shakilla kemudiannya mencampakkan lampin tersebut pada muka Fizi sambil berkata “senang je, ini makan dia”

, sambil ketawa kerana tertidur sewaktu mendodoikan anak.

Haishh hari tu dia kena kan kita boleh ni kita kena kan dia tahu pun marahh, bagi taik meena sikit je pun.

“Masa untuk bls dendam @fiziali_ hahaha, kita pun nak buat lah suprise kat dia,tapi kita buat kt dia lagi kejam lahh dari dia buat kt kita hari tu.

Sebab birthday hari tu tak sempat nak beli apa2 ni kita bagi dia iphone dari @gadgetmen ingatkan dapat satu je sekali beli dapat dua bijik, tu pun dok tanya2 lagi 

“Bestlah tu dapat dua bijik skli, thanks @gadgetmen tak sangka masa beli ni ada sale buy one free one,” tulisnya.

Terkejut dengan gurauan melampau pelakon wanita ini, netizen memberikan komen pelbagai. 

Ada yang seakan mengecam dan mengatakan sebagai seorang isteri, Shakilla tidak sepatutnya berbuat demikian kepada suami.

Namun ada yang mempersoalkan ‘najis’ tersebut dan mengatakan ia bukanlah seperti yang disangka.

Apatah lagi itu hanyalah kejutan istimewa buat Fizi. 

Foto : Instagram Shakilla Khoriri

Published by
Noraini Abd Wahab