Pelakon, Faye Kusairi meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi Siti Sarah sekeluarga yang telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Malah semalam, Sarah yang kini sedang hamil anak keempat telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras ekoran tahap oksigen dalam tubuh badan semakin menurun.
Lalu, pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 ini meminta jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan penyanyi Manes serta bayi yang kandung sembuh dan bayi dalam kandungannya selamat.
Meski tidak mengenali secara dekat, namun dia terpanggil untuk turut sama-sama mendoakan yang baik-baik buat Sarah seisi keluarga.
Ads
“Sama sama kita doakan @shuibsepahtu dan keluarga bebas dari covid. Doakan juga keselamatan dan kesihatan @sitisarahraissuddin dan bayi dalam kandungan ya.
“Saya kenal Siti Sarah ni sebelum saya berlakon lagi. Masa tu saya bekerja kat salon dan dia mmg customer regular tu dulu. Walaupun takdalah close, stakat kenal2 gitu je.. sebab segan kat dia.
“Saya pun peminat dia la.. dulu, suka karaoke lagu2 dia. Fefeeling ala2 alunan suara dia tu mmg kompem lah. Dia memang baik dan friendly orangnya. Shuib pulak saya kenal masa kat trek sepang. Pun sangat humble dan friendly orangnya,” tulisnya.
Ads
Dia pada masa sama mengharapkan agar Sarah sekeluarga tabah dalam mengharungi ujian.
“Jadi disebabkan kebaikan dan vibe positif yg saya dpt dari mereka berdua ni, saya dgn rasa rendah diri minta tolong sangat kepada followers tersayang yg baik hati ni. Doakan kesejahteraan mereka terutamanya Siti Sarah dan bayi dalam kandungan dia.
“Semoga keluarga Shuib kuat menghadapi dugaan ni dan Siti dpt fight wabak ni demi baby dan keluarga. Saya tak rapat pun dgn Siti Sarah tapi saya pasti dan tahu yg beliau seorang fighter! You can do this sis! You are in our prayers. إنشاءالله,” tulisnya panjang lebar menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Sekadar info, suami kepada Sarah iaitu Shuib serta tiga orang anaknya turut disahkan positif Covid-19 selepas mereka membuat ujian saringan di kediamannya, pada 26 Julai lalu.
Foto: Instagram Faye Kusairi, Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramlah Ram mengakui dia tidak pernah rasa serik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Bagaimanapun, hatinya masih belum lagi terbuka dan bahagia dengan kehidupan ketika ini.
Sudah bergelar solo lebih 11 tahun lalu, penyanyi berusia 56 tahun ini juga mendedahkan tidak menolak jodoh dan setiap orang ada cara untuk rasa bahagia.
“Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.
“Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.
“Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi,” katanya.
Ramlah pada masa sama menambah, setakat ini dia tidak berkenalan atau berkawan rapat dengan mana-mana lelaki selain hanya atas urusan kerja.
Percaya kepada aturan Allah SWT, Ramlah positif dan pertanyaan mengenai hal tersebut tidak pernah membuatkannya rasa tak selesa.
“Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.
“Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini.
“Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya,” katanya muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Kemenangan ciptaan Mohar dan lirik ditulis bersama olehnya.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Prihatin dengan isu semasa, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa tampil menyalurkan bantuan kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang terkesan susulan letupan sebuah kereta, Jumaat lalu.
Memetik Harian Metro, sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu, Nezalani Nawi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Neelofa menzahirkan rasa syukur kerana atas keprihatian, pihaknya berjaya menyampaikan infaq buat mereka yang terkesan.
“Syukur Alhamdulillah. With all your help and generosity, kami dari Pertubuhan Kasih Neelofa dapat sampaikan infaq anda kepada keluarga mangsa kesan letupan di Kota Bharu, Kelantan,” tulisnya.
Malah, perkongsian terperinci mengenai sumbangan turut dikongsikan bekas hos MeleTOP itu di Insta Storeis.
Tumpang gembira dengan perkongsian tersebut, warga net turut sama menyatakan rasa syukur dan mendoakan agar urusan semua yang terlibat dipermudahkan.
“Tahniah Neelofa dan team. Teruskan khidmat bakti utk masyarakat dan negara,” tulis seorang wargamaya di ruangan komen.
“ujian utk sis semoga kuat dan tabah,” titip ucapan seorang peminat.
“I am so proud of you Neelofa. Semoga Allah merahmati segala kebaikan mu. Aamiin. Abaikan all negative vibes from netizens. Stay safe and take care,” tulis doa seorang peminatnya.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!