Pelakon Izara Aishah tumpang gembira atas perkahwinan rakan selebriti, Neelofa bersama pasangannya, Haris Ismail, pagi Sabtu.

Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu berkekalan sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, tahniah Kak Lofa (Neelofa). Haris tolong jaga Kak Lofa elok-elok. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah, insya-Allah,” katanya.

Izara, 28, pada masa sama mengimbas kenangan bersama bekas hos MeleTop itu sewaktu terlibat dalam Dewi Remaja lebih 10 tahun lalu.

Ads

“Ketika sama-sama menyertai Pencarian Dewi Remaja, kami sering bersama. Malah saya kenalinya sejak usia 15 tahun. Saya anggap Neelofa sebagai kakak.

“Dia pernah ambil saya daripada sekolah. Ya, hubungan serapat itu antara dia dengan saya. Jadi, pada hari bahagianya, saya rasa sebak.

“Bila dia menuju ke pelamin, meremang bulu roma. Momen ini yang ditunggu sejak sekian lama. Alhamdulilah, amen,” katanya lagi.

Ads

Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor,32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail,26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi.

Menerusi Pencarian Dewi Remaja edisi 2009/10, Neelofa telah dinobatkan sebagai juara sementara Izara pula menduduki tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Shangkaree Nadarajan.

Ads

Selain mereka, edisi tersebut turut melahirkan beberapa pelakon popular tanah air seperti Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Ramona Zam Zam dan Azar Azmi.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI