Hubungan akrab pelakon dan usahawan Nur Fazura dengan Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin sememangnya diketahui umum.

Terbaharu, Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj dan Permaisuri berkenan menghadiahkan sebuah potret yang memaparkan wajah Fazura, suami, aktor Fattah Amin serta puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Fazura, 39, berkongsikan momen gembira itu di laman Instagram miliknya dengan menyertakan ucapan penghargaannya.

“Kenangan Ini Amat Bernilai Buat Patik Sekeluarga,” – Fazura, Fattah Terima Hadiah Potret Keluarga Dari Sultan, Permaisuri Selangor

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

IKLAN

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.

“Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya. Junjung kasih Tuanku,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

IKLAN

Sebelum ini juga anak Fazura pernah menerima seutas rantai berlian daripada Permaisuri sempena meraikan ulang tahun pertama kelahiran Fatima pada Oktober tahun lalu.

Fazura dan Permaisuri juga baru-baru ini meluangkan masa bersama menonton konsert band terkenal Indonesia, Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena pada 10 September lalu.

“Kenangan Ini Amat Bernilai Buat Patik Sekeluarga,” – Fazura, Fattah Terima Hadiah Potret Keluarga Dari Sultan, Permaisuri Selangor

IKLAN

Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI