Pelakon, Dynas Mokhtar kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang dikatakan memberikan komen-komen jelik terhadap sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti tali skipping.

Menurut Dynas, video tersebut tidak sepatutnya menerima reaksi sedemikian kerana dia hanya ingin memberikan motivasi kepada orang-orang di luar saya untuk menurunkan berat badan.

@dynasmokhtar_tiktok

Geram!!!!! Sekian luahan hati ku! Positive sahaja pls

♬ original sound – dynasmokhtar_tiktok


“Saya baru sahaja tengok sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram saya dimana saya berkongsi video sedang melakukan aktiviti tali skipping.

“Ada banyak gila pihak yang memberikan komen katanya nampak anggota badan saya yang bergoyang. Saya jadi malas nak baca.

“Saya buat video tersebut untuk beri motivasi menurunkan berat badan. Kenapa ada anggota badan yang bergoyang? Sebab saya gemuk.

“Jadi, saya cuba bagitahu mereka yang badan gemuk seperti saya untuk insaf dan buat sesuatu untuk badan kita,” katanya.

Ads

Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama KL Gangster: Underworld itu menerusi sebuah hantaran video di Tik Tok.

Katanya lagi, jika ada pihak yang kurang senang dengan videonya itu, mereka boleh sahaja abaikan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Kenapa Ada Anggota Badan Bergoyang? Sebab Saya Gemuk,” – Kongsi Video Skipping, Dynas Mokhtar Luah Terima Banyak Komen Jelik

“Saya kongsikan perkara postif tapi kenapa fokus korang kepada anggota badan yang bergoyang. Saya pun tak faham.

Ads

“Kalau anda tak suka apa yang anda nampak, abaikan sahaja dan teruskan hidup. Pergilah tengok video orang lain,” ujarnya.

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut selain turut menasihati Dynas supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Sosial media yang lain mempunya vibe toksik yang berbeza. Harap-harap mereka tidak datang ke sini. Biar Tik Tok ini positif sahaja.

Ads

“Mata-mata netizen ini memang nista. Gigih mereka nak scan.

“Betul tu. Tak boleh fikir cara mereka berfikir. Tak mengapalah Kak Dynas, nak cepat turunkan badan, boleh cuba berbasikal sama ada indoor atau outdoor.

“Masyarakat kita makin sakit,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, video luahan Dynas ini telah pun meraih lebih 130,000 jumlah tontonan dan 3,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI