Pelakon Rita Rudaini telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya menerusi satu entri terkini.
Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar telah berkongsi rakaman video anaknya, Arjuna sempena hari kelahiran anak keduanya itu, hari ini.
“Syg ku Arjuna…tidak pernah lelah membesarkan kamu…di usia begini,kamu di pilih DIA utk di beri ujian…kerana DIA tau kamu kuat…”
“kamu pernah tanya,waktu itu umur kamu 6thn..’kenapa adik tak de daddy?,kwn adik kt sek smua ada daddy’ ….berhati2 mommy jwb supaya jwpan mommy adalah kekuatan n semangat kamu sampai bila2…”
Ads
“sbb,adik lebih special dr kwn2 adik…ALLAH syg adik..ALLAH bg adik kuat dr kecik lg…special kan?’ dia sengeh seronok…cukup buat hati mommy menangis di dalam….selamat ulang tahun sang Arjuna ku yg luarbiasa….”
“tiada apa yg mommy harapkan..cuma doa mommy ,adik sentiasa di jagaNYA…tkasih kerana hadir temani hidup mommy…tkasih ALLAH kerana pinjam kan adik kpd ku…”
Di samping itu, pelakon yang berusia 43 tahun itu telah menulis kata-kata ucapan buat anaknya telah menyentuh hati netizen.
Ads
Terdahulu, Rita telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun telah bercerai pada September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Video : Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi mendakwa anaknya, Syamsul bakal berkahwin lagi.
Memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.
“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharusnya mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.
“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.
Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi berkenaan ini kerana isu peribadi adalah biasa buat selebriti.
“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.
Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ada yang berteka-teki ia merujuk kepada Syamsul yang ketika ini berdepan konflik bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana susulan dakwaan kehadiran orang ketiga.
Terdahulu, Yusof menjadi tumpuan apabila hadir ke majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.
Syamsul bagaimanapun tidak hadir ke acara berkenaan.
Filem terbitan Studio Kembara itu bakal memasuki pawagam seluruh negara bermula 23 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui kebelakangan ini, dia lebih terbuka dan selesa untuk berkongsi pengisian rohani serta Islamik di media sosial.
Tidak terikut atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia hadir dari hati ikhlas, begitu juga dalam hal berkaitan dengan penampilannya kini.
Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui lebih selesa mengenakan persalinan yang lebih longgar berbanding sebelum ini menerusi satu temu bual bulan lalu.
“Bagi saya, ia berlaku secara natural sebabnya, bila nak lakukan suatu hijrah itu ia merupakan satu proses positif dan pastinya saya mahu kekal istiqamah.
“Semua orang boleh lakukan hijrah mengenakan tudung, tapi sejauh mana tahap kerelaan itu yang lebih penting,” katanya kepada MH.
Malah jelasnya lagi dalam perkembangan media sosial kini, setiap orang boleh belajar dan mengetahui seseuatu hukum hakam dalam Islam dengan lebih mudah.
“Bagi saya, sekarang kita nak mendalami Islam lebih mudah. Ikuti beberapa akaun Islamik atau ustaz bertauliah untuk mendapatkan ilmu agama.
“Cuma saya pun ada ikuti juga akaun mereka yang tak pakai tudung, tapi tahu tak selama mana kita likes atau kongsi foto mereka yang dedah aurat, selama itulah kita akan tanggung dosa. Sebab itulah saya sudah jarang likes gambar orang tak pakai tudung,” jelasnya.
“Saya sendiri baru tahu benda tu. Ia salah dan haram meski kita kongsi atau pun kasi tanda suka. Sebabnya, kita cuba sebarkan mereka yang tidak menutup aurat.
“Lagi satu sebabnya mudah. Kita ni ada pengikut yang ramai. Jadi rasanya sudah tiba masa untuk saya kongsi hal-hal atau kapsyen yang lebih beri manfaat buat pengikut,” katanya lagi.
Ditanya apakah reaksinya andai masih ada pihak yang memuat naik video atau ulang tayang drama lakonannya ketika masih belum mengenakan tudung pula, ini jawab Che Ta;
“Itu saya bukan punya bidang kuasa. Allah tahu niat dan hati kita. Saya sendiri tidak mampu untuk sekat atau minta mereka untuk hentikan.
“Cuma selagi saya tidak kongsi foto lama saya, tetapi orang lain yang sebarkan ia bukan salah kitalah,” kongsi Che Ta yang bakal tampil sebagai hos bersama untuk program masakan Rasa sebanyak 13 episod untuk siaran Astro.
Isteri kepada vokalis band Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah, Resya Ab Rahman akui reda selepas memaklumkan bayi di dalam kandungannya yang baru berusia lima bulan setengah kini sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh oleh Resya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
We had a baby. But today was the day that we finally said goodbye to him.
“Daripada momen paling gembira ke momen paling sedih. Daripada tangisan kegembiraan ke tangisan kepedihan. Daripada hari pertama, kini menjadi hari yang terakhir.
“Kami memang cukup bertuah kerana diberikan peluang merasai kebahagiaan saat kami melihat jari anak kecil menerusi foto ultrasound.
“Kami berdoa siang dan malam meminta kepada Allah agar menjadikan diri kami lebih baik supaya kami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak pertama kami. Apa yang kami tak tahu, rupa-rupanya, Allah punyai perancangan lain,” tulisnya.
Jelas Rasya, meski sudah berjumpa dengan beberapa orang doktor, kesemua mereka memberitahu, bayinya itu mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang paling berat dan tak mungkin tertanggung orang lain. Kami pergi untuk menjalani pemeriksaan biasa.
“Kami sepatutnya bergembira untuk meraikan jantina anak kami bersama-sama tetapi kami diberitahu, bayi kami sedang mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Selepas berjumpa dengan beberapa doktor, dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat mengatakan yang sebaliknya, malangnya, kesemua mereka mengesahkan yang bayi kami tidak dapat meneruskan kehidupan,” kongsinya lagi.
Meskipun pedih untuk menerima kenyataan, namun, Resya dan Nazrin tetap percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Tiada perkataan yang mampu kami gambarkan untuk menjelaskan rasa sakit yang masih dan sedang kami rasai hingga saat ini. Kekuatan diantara satu sama lain sahaja yang kami ada untuk berpaut.
“Bayi kami merupakan bayi terpilih. Kami beritahu diri kami sendiri bahawa kami ini cukup bertuah kerana berpeluang menjaga anak syurga selama lila bulan setengah ini.
“Allah bekerja dengan caranya yang tersendiri dan walaupun pedih, kami tetap terima dan percaya perancangannya adalah yang terbaik,” kongsinya lagi.
Kongsi Resya lagi, semalam merupakan terakhir bertemu dengan anak lelakinya itu yang telah pun diberi nama Raja Emir Khalid.
“Hari ini (Selesa), kami akhirnya dapat menyaksikan bayi kami untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Meskipun diselubungi kesedihan, kami tetap bersyukur kerana berpeluang menjadi ibu bapa kepada anak lelaki kami, Raja Emir Khalid walaupun usianya baru lima bulan setengah dan masih dalam keadaan janin di dalam perut ibu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Resya yang juga merupakan vokalis band Margosa telah mendirikan rumah tangga bersama Nazrin pada tanggal 14 May 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Resya Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.