“Kenapa Aku Selalu Dihina?” – Nur Sajat

Share

Tidak dinafikan, apa sahaja yang dikongsi usahawan sensasi, Nur Sajat menerusi media sosial akan mendapat perhatian netizen.

Sama ada ia baik atau sebaliknya, sudah pasti ia akan dihujani dengan pelbagai komen pengguna media sosial.

Menerusi entri terkini, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada berkongsi status ringkas.

“Kenapa aku selalu dihina? Sedih sangat,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen pula, ada yang bersimpati dan memintanya untuk terus bersabar. Bagaimanapun, ada juga yang meninggalkan reaksi sinis terhadapnya.

Foto: Instagram Sajat

 

 

Published by
MH