Categories: Berita

“Kenapa Atas Birthday Cake Mesti Nak Ada Lilin? Sama Macam Kafir Dah,” – Zul Handy Black Jelaskan Fasal Sambutan Bday, Tegas Rasulullah SAW Tak Ajar

Share

Mempersoal tindakan segelintir umat Islam yang menyambut hari lahir dengan lilin di atas kek dan ‘make a wish’ sebelum lilin ditiup, Zul Handy Black mendakwa, perbuatan tersebut tidak ubah seperti budaya golongan kafir.

Penyanyi yang juga kini menjadi penceramah bebas turut memberitahu mengapa hari jadi tak dirai dengan majlis doa selamat.

Kenapa atas birthday cake mesti nak ada lilin? Sama macam kafir dah.

“Kenapa tak buat doa selamat je?

“Masih ramai sangat lagi yang belum ada kesedaran dalam bab ni, malas nak cakap banyak.

“Korang bawak2 la dengar sikit penjelasan dalam ceramah mana2 alim ulama ataupun ustaz2 pasal lilin atas birthday cake ni.

“Bukan apa…risau nanti kalau2 Nabi tak kenal je korang sebagai manusia yang kononnya claim sebagai umat baginda.

“Korang cakap, korang sayang Nabi, umat Nabi Muhammad saw, tapi cara hidup nak sama macam kafir.

“Nabi tak ajar la sambut harijadi kena ada lilin atas cake, topi tajam, belon2, lagu2, make a wish sebelum tiup lilin tu sume bagai lah.

“NABI TAK AJAR PUN!
NABI TAK SURUH BUAT GITU PUN!
TU SUME CARA KAFIR MAJUSI!!!
FAHAM KE TAK NI?,” jelasnya.

Perkongsian ini menimbulkan pelbagai reaksi dan ada yang bersetuju dengan apa yang dikongsinya.



Foto : Instagram Zul Handy Black

Published by
Noraini Abd Wahab