Baru-baru ini, pelakon Nora Danish ada berkongsi beberapa keping foto sekitar keberadaannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Pemergiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu itu adalah sebagai menyokong sebuah karnival jualan yang turut melibatkan dirinya serta rakan artis lain.
Malah pada masa sama, juri program Muzikal Lawak Superstar ini juga ada berkongsi pautannya yang berliburan di Sabah.
"Lunch at de islanda," tulisnya ringkas menerusi entri yang dirakam bersama kenalan.
Dalam ramai yang memuji, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat gaun senteng putih atas lutut yang dikenakan Nora agak seksi.
Untuk rekod, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif telah dilahirkan 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu.
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sebelum Ini Jarang ‘Single’, Bila Solo Rasa Seronok,” – Tom Tutup Dulu Pintu Hati Pada Lelaki
Penyanyi Tom mendedahkan dia kini memilih untuk tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki demi memberi fokus dan komitmen terhadap dua anak lelaki yang dijaganya, Putera Edler dan Putera Evans.
Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, anak-anak menjadi kurniaan paling bermakna selain mahu melihat anak membesar di depan mata dengan baik.
“Saya belum terbuka hati, saya sudah banyak lalui pelbagai perkara yang buat saya kecewa. Meski saya sayangkan bekas suami, tapi saya akui jodoh itu tak ada.
“Namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dikurniakan cahaya mata yang jadi pelengkap hidup. Itulah hadiah paling bermakna. Saya akan sayangi mereka sampai bila-bila.
“Tapi untuk buka hati pada lelaki, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih, cuma bukan sekarang. Setakat ini, saya anak beranak tak perlukan siapa-siapa, tak perlu orang ketiga. Saya nak fokus terhadap anak-anak dulu,” katanya kepada MH.
Tom yang kini sedang bersaing di dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bagaimanapun mengakui dia sebelum ini jarang menjalani kehidupan solo kerana sering mempunyai komitmen dalam perhubungan.
“Saya nak ada masa dengan cukup berikan perhatian kepada anak-anak dulu. Saya sebelum ini jarang ‘single’ (tidak berpasangan). Bila solo, saya rasa seronok. Akan tetapi saya akui pengalaman lalu banyak mengajar. Saya kini lebih berhati-hati dalam berkawan.
“Saya bertunang dan berkahwin pun pada usia muda. Sebelum ini, single paling lama pun dalam sebulan. Malah ada juga yang cuma mendekati, tapi saya tak boleh. Takut sekiranya saya ada pasangan, saya akan sayang dia lebih berbanding diri sendiri.
“Akhirnya kalau kecewa akhirnya makan diri. Anak-anak pun dalam proses membesar. Mereka memerlukan saya. Jadi tak perlu nak ada teman lelaki dulu. Risau nanti saya abaikan anak-anak.
“Apa yang saya boleh buat sekarang, cuba untuk menjarakkan hubungan itu. Selebihnya saya berdoa yang baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Tom Jelaskan Kekeliruan Bersalin Tanpa Suami Di Sisi; “Saya Sendiri Yang Lari Dari Rumah, Ego…”
Tom GV9 Susut 5 Kilogram, Selalu Lupa Makan
“Bila Orang Tanya Mengenai Hidup Saya, Tak Banyak Cerita Menarik Yang Boleh Dikongsi Cuma…,” – Tom
Sekadar informasi, Tom mengakui dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dalam tempoh lapan tahun selain pernah bertunang dua kali.
Tom turut memiliki tiga cahaya mata, namun anak pertama, Megat Airel tidak dibesarkannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir Mati Tergantung Di Pokok Kelapa
Malang tidak berbau, seorang lelaki hampir maut terjerut tali dan tergantung di pokok kelapa selama empat minit.
Video yang terjadi di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang ini telah menjadi viral sejak ia dikongsikan di dalam laman facebook.
Mohd Zulhisyam Zulkifli berkata dirinya rasa bagaikan mati hidup semula apabila terselamat apabila berjaya diselamatkan oleh peduduk kampong.
“Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.
Zulhisyam yang berusia 23 tahun berkata kebiasaannya dia akan memanjat pokok kelapa tua, namun menjadi sebab hari itu dia terpaksa memanjat pokok kelapa muda untuk meniaga di bazar Ramadan.
“Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30,” katanya.
“Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,” katanya lagi.
Menceritakan detik berlakunya kejadian tersebut, dia tidak menyangka tali yang diikat di pinggang akan menjerat diri.
“Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut,” katanya dengan nada kesal.
Tambahnya, punca sebenar berlakunya pekara itu adalah apabila tandan buah kelapa yang telah di cantas jatuh sehingga tertarik dirinya sekali.
“Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.
“Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.
“Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya,” katanya.
Zulhisyam juga sempat melihat rakaman video yang tular di media sosial namun tidak menyangka ada yang mengatakan dia cuba membunuh diri kerana mereka tidak tahu hal yang sebenarnya.
Dia akui mungkin kerana video tersebut ditangkap ditengah-tengah kejadian jadi ada orang telah salah faham tentang tragedi tersebut. Namun Zulhisyam telah memaafkan mereka yang beranggapan seperti itu dan berharap agar selidik dulu sebelum berkata.
Oleh : Norjuliana Yaacob – Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Maklum M Daud Kilau Dalam Pemantauan Rapi, Dikejarkan Ke Hospital Tengah Malam Tadi
Penyanyi veteran terkenal, Datuk M Daud Kilau, 84, dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada malam Rabu.
Memetik Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek itu dikejarkan ke hospital pada jam 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya mengalami masalah paru-paru berair.
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya kini berada dalam pemantauan rapi daripada doktor selain memerlukan bantuan pernafasan.
“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Datuk (M Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.
“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya.
Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI