“Kenapa Dia Lagi Bijak Dari Aku,”- Netizen Terpegun Dengan Yusuf Iskandar Hafal Sistem Solar, Bijaknya!

Share

Baru-baru ini, terdapat satu rakaman video yang semakin mendapat perhatian netizen di laman media sosial Twitter.

Menerusi rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, bernama Yusuf Iskandar.

Walaupun Yusuf baru sahaja berusia 3 tahun, namun dia sudah mahir dan pandai menghafal sistem solar.

“Yusuf ni umur berapa? Kenapa dia lagi bijak dari aku,” tulisnya.

Rakaman video tersebut menjadi perhatian netizen dan telah meraih lebih 60 ribu tontonan.

Dalam pada itu, netizen turut berasa terpegun dan kagum apabila melihat kepandaian dan kebijaksanaan Yusuf terhadap subjek sains.

Untuk rekod, Yusuf telah dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan pernah memenangi Anugerah MeleTOP ERA 2016 untuk kategori Si Cilik MeleTOP.

Video : Carian Twitter

Published by
Nazar Rafiqhi