Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan jawapan suaminya, Aliff Aziz ketika menjawab pertanyaan pihak media mengenai kehadiran pelakon, Sophia Albarakbah di konsert All Star Gegar Vaganza Ahad lalu.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, jawapan yang diberikan Aliff seolah-olah mahu menjaga perasaan orang luar berbanding isteri sendiri.
“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?
“Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Terdahulu, memetik laporan Hlive, Aliff menyifatkan dirinya tiada kuasa untuk menentukan para penonton yang ingin hadir menyaksikan program All Star Gegar Vaganza.
“Posisi penonton dengan pentas di MBSA ini agak dekat. Jadi, saya memang nampak dia. Namun, saya rasa, semua orang boleh datang tengok GV. Ini merupakan satu pentas besar.
“Bukan posisi saya untuk menyoal siapa yang datang dan tidak. Itu bukan hal yang sepatutnya saya komen.
“Bagi saya, tanggungjawab saya sebagai salah seorang peserta All Star GV adalah untuk melakukan tugasan yang diberikan sebaik mungkin,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Aliff turut memaklum dirinya tiada berhubung dengan Sophia sepanjang program itu berlangsung.
“Saya belum berhubung lagi untuk bercakap apa-apa. Mungkin dia datang bersama sepupunya. Aisha Retno ada di situ juga. Mungkin mereka hanya mahu menikmati persembahan.
“Saya hanya fokus dengan perkara yang harus saya lakukan. Saya harap semua orang terhibur,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditemui media pada petang Selasa, Sophia memaklumkan kehadirannya di program berkenaan tiada kena mengena dengan penyertaan Aliff selaku peserta.
Jelas Sophia, pada malam itu, dia hanya mahu menemani sepupunya, Aishah Retno yang membuat persembahan di GV Live Plus.
Bagaimanapun, Bella menyifatkan kenyataan Sophia itu adalah tidak benar dan dia dilihat meninggalkan dewan selepas Aliff selesai membuat persembahan.
Pada masa sama, Bella turut mendedahkan nama Sophia sebenarnya tiada di dalam senarai selebriti yang hadir ke program All Star GV Ahad lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI