“Kenapa Hati Kau Busuk Bernanah Melihat Kebahagiaan Orang Lain,” – Normah Damanhuri Bidas…

Share

Baru-baru ini, pelakon Normah Damanhuri telah menerima kejutan istimewa selepas anaknya, Liana Rosli atau Kak KM menghadiahkan sebuah kereta baru.

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram milik pelakon senior berkenaan, Normah memuat naik tangkap layar komen negatif yang diterima di media sosial.

Dakwa individu berkenaan, tindakan memberi hadiah seolah-olah bagi mengaburi isu viral melibatkan Kak KM baru-baru ini.

Serentak dengan itu, pelakon berusia 68 tahun ini meluahkan rasa kurang senang terhadap komen terbabit.

“Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kepada anak aku, aku tak kacau hidup kau. Kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku.

“Untuk pengetahuan kau, bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai aku terus kena pergi settle pada hari yang sama. Kereta ni aku dh booked lama! Kau apa tahu.

“Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni. Aku nak bagi kau hadam.

“Takda kena mengena sama sekali dengan apa yg kau tuduh terhadap anak aku,” tulisnya panjang lebar.

Sekadar informasi, usahawan sensasi berkenaan telah menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada ibunya yang dibayar secara tunai, pada Rabu lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Normah Damanhuri

Published by
Nazar Rafiqhi