Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini ada memberikan pendapatnya mengenai isu melibatkan pelakon, Amerul Affendi yang sebelum ini mendakwa pernah diketepikan pengarah gara-gara memiliki pengikut kurang daripada 500,000 di Instagram.

Menurut Danial, perkara tersebut lumrah industri ketika ini dan mengharapkan agar trend sedemikian perlu dihentikan segera.

View this post on Instagram

Baru dengar story pasal bro @amerul_affendi x dpt job sbb followers instagram x ramai. Memang lumrah industri kalau ada ramai followers di instagram bru senang producer n director nk jual product kt TV. tapi JANGAN ukur bakat anak seni dari berapa ramai followers dia kat instagram. its just a number. Kalau bakat diukur dari ramai followers kat instagram kenapa Joaquin Phoenix menang Oscar award sedangkan dia Instagram pun xdak.(Contoh gambar diatas) Pelakon lelaki terbaik Asia dan tiktok famous. boleh tgk tak berapa ramai followers dia di insta? beza kan? itu hak peminat nak follow sapa2 .Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. cuma mentality itu perlu diubah. Jangan jadikan jumlah followers sebagai ukuran bakat seseorang. Tak guna kalau beribu buih di lautan kalau x mampu gerakkan seketul batu. #kausekolahx #pretigeouslife #untouchable #melayumelayusyurga #timunboys

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1) on

“Baru dengar story pasal bro @amerul_affendi tak dapat job sebab followers Instagram tak ramai.

“Memang lumrah industri kalau ada ramai followers di instagram baru senang producer and director nak jual product kt TV.

“Tapi JANGAN ukur bakat anak seni dari berapa ramai followers dia kat Instagram. Its just a number.

IKLAN

“Kalau bakat diukur dari ramai followers kat Instagram kenapa Joaquin Phoenix menang Oscar award sedangkan dia Instagram pun takdak,” katanya.

Juara program Lawak Solo itu berkata demikian menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Daniel turut membezakan jumlah pengikut yang dimiliki pelakon, Bront Palare dengan Tik Tok famous, Coki.

“(Contoh gambar diatas) Pelakon lelaki terbaik Asia dan tiktok famous. Boleh tengok tak berapa ramai followers dia di insta? beza kan?

IKLAN

“Itu hak peminat nak follow siapa-siapa .Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma mentality itu perlu diubah.

“Jangan jadikan jumlah followers sebagai ukuran bakat seseorang.

“Tak guna kalau beribu buih di lautan kalau x mampu gerakkan seketul batu,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh penyampai radio Era itu.

IKLAN

“Kenapa Joaquin Pheonix Menang Oscar Sedangkan Dia IG Pun Tak Dak?,” – Danial Zaini Bersuara Isu Amerul Affendi

“Kenapa Joaquin Pheonix Menang Oscar Sedangkan Dia IG Pun Tak Dak?,” – Danial Zaini Bersuara Isu Amerul Affendi

“Kenapa Joaquin Pheonix Menang Oscar Sedangkan Dia IG Pun Tak Dak?,” – Danial Zaini Bersuara Isu Amerul Affendi

Untuk rekod, Amirul pernah mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai pelakon pembantu terbaik di Asean International Film Awards AIFFA 2019.

Sumber: Instagram Danial Zaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI