Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan wujud perbalahan dengan pemilik jenama Baju Melayu sebelum ini yang menyebabkan dia beralih untuk menjadi duta bagi sebuah jenama baharu.

Menurut Sharnaaz, peralihan ini telah dilakukan secara profesional tanpa melanggar mana-mana kontrak.

“Kenapa Kena Rasa Bersalah? Saya Tak Langgar Kontrak,”- Jadi Duta Baju Melayu Jenama Lain Pula, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

“Selaku duta, kontrak kami selalunya dalam masa satu tahun. Jadi, keputusan untuk sambung atau tidak, itu adalah pilihan sendiri.

“Saya tiada melanggar mana-mana perjanjian atau menyusahkan sesiapa. Saya kena melihat pilihan yang terbaik untuk kita terus bekerjasama dalam jangka masa yang panjang.

“Untuk bersama dengan jenama ini, ia merupakan pilihan saya sendiri. Saya gembira dengan pilihan ini dan saya puas hati,” katanya kepada MH.

Ads

Bintang filem Polis Evo 3 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta baharu Elrah Exclusive yang berlangsung di Four Seasons Place, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Kenapa Kena Rasa Bersalah? Saya Tak Langgar Kontrak,”- Jadi Duta Baju Melayu Jenama Lain Pula, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Katanya lagi, dia harus membuat pilihan yang terbaik memandangkan usianya bukan lagi muda.

“Kami ini ibarat pemain bola. Jendela perpindahan itu bermula selepas selesai sambutan Hari Raya tahun lepas sehinggalah bulan Disember.

Ads

“Kami hanyalah pemain. Kita akan pilih lapangan mana yang kita rasa selesa untuk bermain. Umur saya bukan 20-an lagi dan kini masuk 39 tahun.

“Saya kena duduk ditempat yang stabil. Saya sendiri tak tahu berapa lama lagi saya boleh terus berkecimpung dalam industri Baju Melayu ini,” ulasnya lagi.

Pada masa sama, Sharnaaz menegaskan hubungannya bersama pemilik jenama Baju Melayu sebelum ini masih baik dan tidak berubah.

“Kenapa Kena Rasa Bersalah? Saya Tak Langgar Kontrak,”- Jadi Duta Baju Melayu Jenama Lain Pula, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Ads

“Kenapa saya perlu rasa bersalah? Lainlah kalau saya melanggar kontrak atau buat perkara yang tidak sepatutnya. Dia juga sangat faham dan sampai sekarang kami masih berhubung.

“Saya sayang dia seperti adik saya sendiri. Namun, ketika ini ada batas sedikit. Ada cerita yang boleh dan tak boleh dikongsikan.

“Kedua-dua mereka adalah pemilik jenama. Saya pula hanyalah duta. Saya tak boleh campur urusan mereka,” akhirinya.

Terdahulu, Sharnaaz telah dipilih untuk menjadi duta bagi produk Baju Melayu Ultimate 2.0 mana pelakon, Beto Kusyairy pula bagi produk Baju Melayu Teluk Belanga Luxe.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI