“Kenapa Lahirkan Saya Kat Malaysia? Kenapa Tak Lahirkan Kat US?,” – Soalan Paling Win Anak Zarina Zainuddin

Share

Terbaru pelakon senior Zarina Zainuddin telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, video tersebut memaparkan gelagat anak Zarina bernama Azal yang sangat mencuit hati.

“#azalpakaisunblock Azal oh azal.. bila saya larang dia keluar dari rumah..nanti hitam kena panas dia terus pakai sunblock..”tulisnya.

Pelakon yang berusia 48 tahun itu memberitahu dia tidak membenarkan anaknya Azal untuk keluar rumah pada waktu panas kerana bimbang kulit Azal akan bertambah gelap.

Lantas, Azal telah menjawab kata-kata Zarina sambil menyapu krim pelindung cahaya keseluruh wajahnya.

“Kenapa lahirkan saya kat Malaysia ? Kenapa tak lahirkan kat US ?” kata Azal.

Lalu, gelagat dua beranak ini telah menjadi perhatian netizen kerana terhibur melihat gelagat Azal yang kelakar itu.

Alahai, seronok sebenarnya bila kita ada anak istimewa ni. Macam macam gelagat yang kelakar membuatkan kita tak kering gusi dibuatnya.

MH mendoakan Zarina untuk sentiasa kekal ceria dan bahagia selalu.

Video : Instagram Zarina Zainuddin

Published by
Nazar Rafiqhi