Gara-gara respon yang terlampau bernas mengenai jenis-jenis kandungan gula, seorang individu bertindak mempersoal siapakah tuan badan di sebalik akaun Twitter instafamous dan chef cilik, Danish Harraz.

Menurut individu tersebut, dia tertanya-tanya adakah tweet berkenaan datangnya daripada pengetahuan Danish sendiri atau ia ditulis ibu kepada chef cilik berkenan.

“Kenapa Mak Perlu Tweet Untuk Saya…,”- Persoal Tahap Pengetahuan Gara-Gara Tweet Bernas, Ini Respon Padu Chef Cilik, Danish Harraz

“Betul ke Danish yang tweet? Ke mak Danish? Curious,” tulis individu tersebut.

Melihat komen itu, ini reaksi balas yang diberikan oleh chef berusia 13 tahun terbabit;

“Kenapa Mak Perlu Tweet Untuk Saya…,”- Persoal Tahap Pengetahuan Gara-Gara Tweet Bernas, Ini Respon Padu Chef Cilik, Danish Harraz

IKLAN

“Maaf, Danish jadi chef cilik dari kecil. Buat resepi-resepi untuk brands. Live cooking demo di event-event & untuk ministry.

“Beri talk infront big crowd since 9 yo, TEDx, INTI Academic Conf, Yayasan Khazanah dll. Danish juga buat banyak benda lagi.

“Kenapa mak Danish perlu tweet untuk Danish?,” jawabnya.

Tambah Danish lagi, dia hanya melakukan perkara yang disukainya sahaja dan jika orang lain berfikiran berbeza dia tidak boleh memaksa.

IKLAN

“Kenapa Mak Perlu Tweet Untuk Saya…,”- Persoal Tahap Pengetahuan Gara-Gara Tweet Bernas, Ini Respon Padu Chef Cilik, Danish Harraz

“I’m here just to share my passion with my little talent, things related to my charity works and to spread positivity and kindness.

“And if you don’t like it, there’s nothing I can do!,” katanya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menasihati Danish supaya usah mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

“Kenapa Mak Perlu Tweet Untuk Saya…,”- Persoal Tahap Pengetahuan Gara-Gara Tweet Bernas, Ini Respon Padu Chef Cilik, Danish Harraz

Sebelum ini, nama Danish menjadi sebutan ramai selepas dia bertindak membantu golongan yang memerlukan yang terjejas pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menggunakan dananya sendiri.

Perkara tersebut turut mendapat liputan daripada laman berita terkemuka dunia BBC.

Sumber: Twitter Danish Harraz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI