Penyanyi Dinie Rashid menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai satu cara untuk memberikan lebih pemahaman kepada peminat.
Ini kerana menurut Dinie, 29, dia yang juga OKU penglihatan yang mengalami ‘molecular dystrophy’ hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai kekurangan.
Sebaliknya, dia cuba sampaikan informasi dan pada masa sama mahu mengajar orang di luar sana lebih faham dan jelas mengenai kelainan upayanya yang dialami.
“Tidak dinafikan mungkin ada yang alami situasi macam saya ni akan rasa segan. Awalnya saya pun begitu. Tapi sebagai penyanyi, saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar.
“Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang ‘totally blind’ semata. Jadi sebab itulah saya akan terangkan sekiranya berkesempatan,” katanya.
Ads
Bekas peserta Big Stage 2020 ini juga berkata, dia perlu tampil berikan penjelasan kerana pernah dikatakan menipu.
“Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri, tetapi untuk maklum kepada yang belum kenal mengenai keadaan diri saya.
“Malah sebelum ini saya pernah sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan.
“Ada yang kritik ‘kata tak nampak tapi main futsal’, ada juga yang komen ‘mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit’,” katanya lagi.
Ads
Ditanya selama mana dia akan terus kongsikan hal tersebut kepad umum, Dinie menambah dia tidak mahu menipu peminat.
“Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya. Jadi ini peranan sendirilah untuk beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.
“Sebelum ini pun saya pernah dikatakan ‘lalok’,” katanya yang tidak mahu dianggap sengaja meraih simpati susulan keadaan diri.
Ads
Dinie ditemui media pada majlis Indigital Music Night di Putrajaya pada Jumaat.
“Saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami. Tapi sebab itulah saya kata, ia tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.
“Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini.
“Pada umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik. Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui. Rasa tertekan dan sebagainya. Tapi saya reda dengan ketentuan. Kini saya lebih relak dan anggap ia tidak ada apa-apa pun, katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.
Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.
Tahniah buat pasukan Kedah apabila pemain muda, Fadzrul Danel Mohd Nizam berjaya menjaringkan gol pada minit ke-105,sekali gus menjadikan kemenangan 1-0 Kedah ke atas Perak pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kehangatan stadium dibanjiri orang ramai termasuk selebriti yang menyokong pasukan masing-masing.
Antara selebriti yang gembira diatas kejayaan itu seperti Janna Nick, Fikry Ibrahim, Fakhrul UNIC,Black Hanifah danRozita Che Wan.
Untuk makluman, Skuad Lang Merah kini bergelar pasukan paling berjaya dalam kempen Piala FA bersama Selangor dengan merangkul trofi berkenaan sebanyak lima kali.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan dirinya kini telah pun disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali yang kedua.
Bagaimanapun, isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Leez Rosli tidak mengalami sebarang simptom dan hasil ujian saringannya pula telah pun didapati negatif.
“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan, second swab test membawa keputusan positif. @Leezrosli_officialmy negatif,” tulisnya.
Perkhabaran kurang gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Entah Apa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Jelas Aepul lagi, dia sebenarnya telah pun menjalani tempoh kuarantin seorang diri di rumah sejak beberapa hari lalu dan kini sedang menantikan arahan susulan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam pada itu, Aepul turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya serta keluarga termasuklah buat anggota kumpulan Drama Band yang lain.
“Saya sudah mula self-quarantine beberapa hari yang lepas dan menantikan SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga.
“Won’t be taking any calls, obviously,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut menitipkan doa semoga Aepul akan segera pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, pemain drum kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan dilaporkan turut telah dijangkiti virus Covid-19 selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat dengan salah seorang pesakit wabak tersebut baru-baru ini.
Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh isterinya yang juga merupakan penyampai radio, Rea Kool FM.