“Mereka adalah peserta yang paling tekun.” Itu reaksi juri tetap program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Datuk Ramli MS terhadap para bintang yang menyertai program hiburan berkenaan, tahun ini.
Bagaimanapun, Ramli mengakui setiap penyanyi itu diadili berdasarkan peringkat nyanyian masing-masing dan kerana itulah prestasi markah yang diberikan buat peserta tahun ini agak rendah jika dibandingkan dengan musim terdahulu.
“Apa yang anda dengar dan apa yang anda dapat, itulah (pungutan markah). Pada saya, ia adil.
“Kalau anda ‘perform’ 10 saya bagi 10, kalau 15 saya bagi 15. Tidak lebih dan tidak kurang.
“Di dalam seni, kita ada level. Ya mereka tekun, akan tetapi kalian boleh tengok… ini bukan nak buat perbandingalah, tapi macam mana dengan Azharina bila menyanyi (peserta GV musim ketiga) dan Mus,” katanya.
Ads
GV7 menabalkan Cliff Umar sebagai juara memperolehi markah sebanyak 71.42 peratus berbanding dua juara tahun lalu, Naqiu dan Hady Mirza yang masing-masing berkongsi markah sama iaitu sebanyak 87.00 peratus.
“Anda sendiri boleh nampak mana yang perlu dapat 90 atau 70 (markah). Itu bukan merendahkan tetapi setiap orang ada peringkat masing-masing secara individu,” jelasnya ketika sidang media.
Ramli turut menjelaskan, penilaian juri profesional bagi menentukan juara dan kedudukan seterusnya juga adalah berdasarkan kepada persembahan mutlak malam tadi.
Terdahulu, Cliff, 38, berkata, kejayaan yang diperoleh adalah untuk semua yang terlibat dalam program hiburan tahunan itu.
Ads
“This one is not belong to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu.
“Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang, ” katanya dalam ucapan sejurus dinobatkan sebagai juara.
Kemenangan itu melayakkan vokalis Projek Pistol itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.
Ads
Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit.
Tempat keempat menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).
Kesemua peserta membuat persembahan menerusi tugasan nyanyian solo dan duet serta pusingan ‘battle’.
Selain Ramli, Datuk Khadijah Ibrahim turut berada di posisi juri tetap sementara Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan program podcast sendiri, berbeza pula buat pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang memutuskan untuk tidak lagi terlibat di dalam program berkonsepkan temu bual eksklusif.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia kini sudah tidak selesa untuk menekan atau bertanyakan soalan peribadi kepada tetamu.
“Sebelum adanya podcast, kami sudah lama buat program sebegitu cuma ia ditayangkan di TV. Namun, saya tidak akan mengacarakan program sebegitu lagi
“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang.
“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.
“Dahulu, rasanya lain. Bila kita dapat menekan seseorang itu sehingga mereka tak boleh jawab atau terkeluar cerita lain, kita akan rasa puas,” katanya ketika ditemui MH.
Malah, Pak Nil juga merasakan pengalaman masa lalu telah mematangkan dirinya.
“Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan bernyawa sehingga memasuki kitaran hidup yang memberikan kesedaran.
“Umur saya dah masuk 62 tahun. Allah masih membuka pintu buat saya memohon maaf kepada orang dan bertaubat. Dia juga beri ruang untuk saya kumpul saham akhirat.
“Saya tak suruh orang lain untuk berhenti, segalanya terpulang kepada individu. Namun, poses ini merupakan satu perjalanan sebab sebelum ini, saya juga pernah buat. Jadi, sekarang saya sudah tak selesa lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai program-program podcast yang menjemput panel yang bermasalah sebagai tetamu, ini reaksi yang dikongsikan Pak Nil;
“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi konten tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan.
“Itu zaman dahulu. Realiti sekarang, kita boleh panggil siapa sahaja untuk tujuan konten dan mengejar viral.
“Segala berbalik kepada pemilik program podcast itu sendiri untuk menentukan matlamat yang ingin dicapai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“I’m 7 months. Pregnant kali ini rasa macam tak pregnant. Lain sangat compare dengan previous one, time pregnant kan Karl.
“This time morning sickness kejap je dan tak teruk.
No mabuk-mabuk pening semua, no alahan.
“My pregnancy has been very easy so far, Alhamdulillah…,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Bulan lalu ketika usia kandungannya mencecah tujuh bulan, Elvina mengisi masa bercuti ke luar negara bersama keluarga.
Terdahulu, Elvina berkongsi berita kehamilan menerusi Instagram yang turut memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan memegang perutnya sambil bergambar di Disneyland Tokyo.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan artis mengucapkan tahniah sekali gus turut gembira dengan khabar itu.
Untuk rekod, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!