Sudah menjadi lumrah apabila setiap inci yang dilakukan selebriti terkenal menjadi perhatian netizen, termasuk di media sosial.
Sebagai antara bintang yang pernah menerima kecaman netizen menerusi pelbagai kisah sensasi melibatkan dirinya, penyanyi Aliff Aziz mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
Jelasnya, perkara itu bukan sahaja memberikan impak yang buruk kepada dirinya malah seluruh ahli keluarganya.
“Pada awalnya, rasa agak teruk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi saya, ini merupakan langkah-langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang kita dipantau netizen namun bukan semua netizen begitu
“Saya rasa paling teruk apabila keluarga saya turut dikecam. Selepas itu, saya mula terfikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong. Tiada orang yang sempurna.
“Sebenarnya saya juga tidak boleh kawal juga awal-awal dikecam tetapi lama-kelamaan saya fikir kenapa nak seksa diri saya dengan nak puaskan hati semua orang. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sayang-Sayang ini turut berkongsi bagaimana dirinya menangani perkara tersebut yang diadakan secara siaran langsung di platform Instagram NURFLIX untuk membincangkan topik ‘Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?’ bersama wargamaya, pada Khamis lalu.
Untuk saya, saya balas komen dengan sebaik mungkin serta doakan mereka yang ada lebih masa utk komen. Kebanyakannya Alhamdulillah bagi komen yang okey.
“Dulu ya, sampai saya tutup ruangan komen sebab tidak tahan. Bila fikir balik,apabila kita mendoakan setelah dia komen pada kita, mereka akan berhenti komen di situ,” katanya lagi.
Foto: Instagram Aliff Aziz