
Niatnya hanya untuk mempromosi drama dan berkongsi wajah barisan pelakon, namun kelibat Aliff Aziz nyata mendapat kritikan di Instagram pelakon Mustaqim Bahadon.
Netizen seolah-olah masih tidak berpuas hati mengapa selebriti kontroversi ini masih diberi peluang kaca televisyen selepas beberapa kes panas yang berlaku.
Malah ada yang mencadangkan agar drama ini diboikot sebagai tanda protes.
Namun, ulas Mustaqim, seeloknya orang luar tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan lain.
“hal rumah tangga orang kita ni x payah sibuk sebenarnya. Cara dia cari duit pun kita tak boleh pertikai, rezeki bukan dari kita tapi Dia. Dosa pahala dia antara dia dengan Tuhan. Jadi kita ni janganlah nak menambah dosa dok mengumpat org ye.”
Foto : Instagram Mustaqim Bahadom
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tetap Kena Nampak Gah…,” – Fesyen Sentiasa ‘On Point’ Meski Bergelar OKU, Ini Cara Dinie Rasyid Jaga Penampilan

Sering kelihatan kemas, segak dan tampan, penyanyi, Dinie Rashid ada berkongsi mengenai cita rasa fesyennya meski bergelar orang kelainan upaya ; penglihatan. (OKU)
Menurut Dinie, meskipun penglihatannya agak terbatas, dia tetap menitik beratkan aspek gaya dan penampilan.
Jelas penyanyi itu lagi, dia berterima kasih kepada pihak pengurusannya yang selama ini banyak memberikan khidmat nasihat serta turut menyediakan segala yang dia inginkan.
“Sudah tentu saya ada rujukan. Lagipun sebelum ini saya boleh melihat. Jadi adalah fesyen-fesyen yang saya minat.
“Bila mengenai soal styling dan penggayaan saya, semuanya diuruskan oleh pihak mengurusan. Meraka juga selalu bagi saya semangat.
“Mereka banyak bagi nasihat pasal penampilan saya. Walaupun saya tak nampak tapi mereka kata saya tetap kena nampak gah bila dikhalayak umum atau membuat persembahan.
“Kalau mereka ni tiada mungkin saya hanya pakai t-shirt je. Mereka banyak mengubah saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai perancangannya bersama pasangan duo, Khai Azreen, ini jawapan yang diberikan oleh pemenang tempat keempat Big Stage 2020 (BS2020) itu;
“Saya masihlah lagi bersama pasangan duo saya Khai. InsyaAllah kami akan ada single baru bersama.
“Saya akan bergerak sebagai DinienKhai begitu juga sebagai Dinie Rashid. Saya tidak akan lupakan dia. Saya setia orangnya,” jelasnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Dinienkhai (@dinienkhai) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Syukur Pada Allah, Kes Saman Hakim Putuskan Kemenangan Kepadaku,” – Balu Arwah Abam, Nor Hidayah

Balu kepada Allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meminta doa yang baik-baik buatnya dan anak sejurus prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hidayah pada masa sama turut meluahkan rasa leganya.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” kata wanita berusia 33 tahun ini ketika diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
Memetik Gempak, peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.
“Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.
“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya mendakwa Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Hidayah menerusi Instagram arwah suami turut berkongsikan perasaan berhubung hal berkaitan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, kes saman hakim putuskan kemenangan kepadaku. Syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku hamzah, adik-beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hamil Perlukan Komitmen Besar & Pemahaman Pasangan,” – Ernie Zakri Ulas Soal Tambah Zuriat

Isi Kandungan
TogglePenyanyi Ernie Zakri mengakui mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata, terutama selepas anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, semakin membesar.
Bagaimanapun, Ernie dan suaminya, penyanyi Syamel, perlu merancang dengan teliti atas kesibukan jadual kerja mereka.
“Khawla sudah masuk usia tiga tahun. Saya memang ada perancangan untuk hamil kali kedua, tapi saya nak tunggu Khawla besar sedikit. Mungkin ketika usianya empat tahun. Kita tengok dahulu keadaannya bagaimana.
“Pekerjaan saya dan Syamel ini memang perlukan perancangan. Saya tidak boleh mengandung secara tiba-tiba. Kita kena susun perjalanan itu dengan cantik.
“Syamel pun ada perancangannya sendiri iaitu untuk keluarkan album. Saya tidak mahu fokusnya beralih. Untuk punyai cahaya mata bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan komitmen yang besar dan pemahaman daripada pasangan,” katanya kepada MH.
Anak Mula Bertanya
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aura ini turut berkongsi bahawa anaknya sudah mula bertanya mengenai kehadiran adik kecil.
“Saya bukan nak ada seorang cahaya mata sahaja. Anak saya pun sudah mula bertanya. Saya pun tak tahu dari mana dia belajar. Mungkin daripada neneknya.
“Baru-baru ini, Khawla ada bertanya, dia nak baby kecil yang lain. Baby kecil yang keluar daripada perut ibunya. Nampaknya, dia sudah mula memahami sebab usianya sudah besar.
“Dia juga berkawan dengan orang-orang besar di rumah. Kita pun bagitahu dia, kena tunggulah dahulu. Insha-Allah ada rezeki nanti,” ujarnya lagi.
Rutin Ramadan
Sementara itu, Ernie turut berkongsi sepanjang Ramadan ini, dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas sibuk dengan jadual kerja sejak tahun lalu.
“Selama hampir dua minggu kita berpuasa, saya banyak berada di rumah. Memang saya nak luangkan masa yang banyak bersama keluarga saya. Saya nak jadi suri rumah yang cantik di bulan puasa ini.
“Saya nak masak buat keluarga setiap hari. Lagipun, bulan Ramadan ini bulan ibadah. Kita akan luangkan masa bersama untuk beribadah,” katanya.
Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri sulung yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI