
Pelakon yang juga usahawan, Syatilla Melvin baru-baru ini ada memuat naik satu video Tik Tok di Instagram miliknya hingga mendapat perhatian ramai warganet.
Ini kerana, wajah Syatilla menerusi video tarian pendek yang dirakam bersama suami, aktor Shaheizy Sam itu mirip rakan pelakon, Mira Filzah.
Malah menerusi ruangan kapsyen, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut menulis kapsyen bereloroh.
“Kenapa Sam tiba-tiba dengan @mfmirafilzah? Ya Allah kenapa awak buat macam ini dekat saya? Comelnya laki aku” tulisnya di kapsyen.
Serentak dengan itu, para pengguna Instagram tidak ketinggalan memberikan reaksi dan rata-ratanya mengakui wajah ibu kepada dua cahaya mata ini serupa dengan Mira di dalam video berkenaan.
Malah, Mira juga dilihat turut memberikan reaksinya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Untuk info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata setakat ini.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ni Genap 2 Bulan Dia Pergi,”- Menitis Airmata, Issey Fazlisham Merindui Arwah Ibu

Betapa besarnya kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Meski cekal dan tabah dengan dugaan kehidupan, namun jauh di sudut hati penyampai radio Issey Fazlisham masih terkesan bila ibu tercinta pergi buat selamanya.
Terbaru, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut, Issey telah berkongsi kisah hidupnya selepas arwah ibu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
“Aku tak pernah post video ni di ig aku. Aku tak kuat. Hari ni genap 2 bulan dia pergi. 2 bulan aku dah tak dengar suara dia.Ma. I miss u,” tulisnya.
Kongsi Issey, hampir setiap hari dia sering merindui dan teringat kembali kenangan bersama arwah ibunya.
Di samping itu, peminat memberi kata-kata semangat buat Issey agar terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Bak kata pepatah melayu, kasihnya ayah sepanjang masa, kasihnya ibu membawa ke syurga.
Video: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak… Tak Kacau, Cuma Ia Comel. Saya Tergelak Sebab…,” – Kak Lina ‘Masuk’ Tengah Pentas, Jaclyn Respons Hal Sebenar

Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan dia okay dan tidak terganggu susulan beberadaan hos Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Elly Mazlein yang ‘masuk’ tengah pentas bagi sama-sama menari menerusi persembahannya, malam tadi.
Menurut Jac, dia sebenarnya sudah merancang ‘gimik’ berkenaan sebelum membuat persembahan.
“Tak… Tak kacau. Cuma ia comel. Saya tergelak sebab bila tengok reaksi dia (Elly) seolah macam ‘kurang ajar kau panggil aku tapi sekejap je eh?’.
“Tidak, tak terganggu langsung. Not at all. Dia (Elly) tak tahu sebenarnya, i just planned. Sebab dia pernah bawa lagu ini kan? Dan dia sangat bertenaga atas stage. Jadi sebab itulah,” katanya.
Artikel Berkaitan;
Ngilu Tengok! Anak Lelaki Jaclyn Victor Cedera Patah Tulang Bahu
Sementara itu, mengulas mengenai lagu dangdut, Perawan Atau Janda yang dipersembahkan, Jac akui ia mencabar kerana naskhah berkenaan berbeza daripada genre kebiasaannya.
“Sesuatu yang saya tidak biasa. Sebab saya memang akan serius di atas pentas meski lagu berentak rancak. Cara dan stail nyanyian saya begitu.
“Jadi bila diberikan lagu tersebut, saya sahut cabaran itu. Tambahan pula minggu ini setiap bintang perlu membuat persembahan menerusi lagu yang bukan kebiasaan masing-masing.
“Saya pun tak pernah bawakan lagu genre dangdut. Malah ketika bersama band dulu pun, rasanya memang tak pernah. Apa pun saya cuba yang terbaik ,” katanya lagi.
Terdahulu pada minggu ketiga saingan, Jac berada di kedudukan kelima dengan markah sebanyak 71.40 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Dinafikan Bebas Banyak Mengambil Inspirasi Daripada Isteri Saya,” – Fattah Amin

Fattah Amin kini tampil dengan lagu Bebas ciptaan Rudy Nastia serta lirik Leo Azman di bawah label Universal Music Sdn Bhdyang telah pun dilancarkan secara rasmi pada Khamis.
Turut dilancarkan serentak ialah video muzik lagu berkenaan yang diarahkan Thaqif Saadon di saluran YouTube.
Bebas mengangkat bagaimana setiap permasalahan sosial atau isu membabitkan mental khususnya pasti ada cara membebaskan diri daripada terus dibelenggu dengan kesedihan serta kemurungan.
“Melihat kepada judul lagu ini secara jelas juga membawa kita kepada erti sebuah kebebasan dan tidak mahu terus terbelenggu dengan hal yang negatif. Saya melihat cara penyampaian lagu ini ditujukan kepada sesiapa saja termasuk peminat yang berdepan masalah sosial termasuk kemurungan.
“Lagu ini cuba menyalurkan semangat baru dan menyuntik motivasi sekali gus mahu membebaskan daripada bebanan dan tekanan masalah dialami. Pada akhirnya juga kita harus yakin dan percaya dengan diri, bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan keluar daripada kepompong itu. Kita harus ingat masih ada orang sekeliling termasuk keluarga dan kawan yang boleh menyokong kita daripada terus larut tanpa arah tujuan.
“Jika diteliti bait lirik lagu ini ia sebenarnya membawa mesej positif kepada yang mendengarnya,” kata pemenang Hero Remaja 2012/13 ini.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini juga menjelaskan dia banyak melihat naskhah lagu terbabit dengan melihat isteri tercinta sebagai inspirasi paling istimewa.
“Tak dinafikan Bebas banyak mengambil inspirasi daripada isteri saya. Dia sendiri memang sudah lama menyebarkan segala elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial.
“Apabila saya menjadi suaminya, inspirasi itu jadi bertambah dekat dalam diri. Kalau perasaan sebelum ini pun dia ada menyebarkan elemen positif menerusi lagu Sayangi Dirimu,” katanya lagi.
Buat kali pertamanya juga pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin ini turur terbabit dari proses awal hingga akhir penghasilan lagu berkenaan.
“Sebelum ini lagu saya terarah kepada elemen romantik dan cinta. Jadi dengan pelbagai masalah sosial yang kita baca dan dengari setiap hari beberapa tahun kebelakangan ini, saya percaya sekarang masa yang sesuai untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kerjaya nyanyian.
“Sampai bila saya nak terus selesa menyanyi lagu berkonsep cintan cintun. Saya juga mahu ada pembaharuan dalam aliran seni. Saya mahu beralih arah ke sesuatu yang boleh memberi manfaat bersama sambil berhibur. Saya lihat ini juga langkah untuk saya tidak statik dengan apa yang ada sekali gus dapat melonjakkan kerjaya seni.
“Bebas ini saya sifatkan sebagai hadiah untuk peminat dan penyokong yang terus setia berada di belakang. Saya yakin peminat contohnya tidak hanya mahu mendengar lagu cinta semata-mata. Peminat saya ada di pelbagai peringkat umur termasuk dewasa dan muda yang pastinya terpalit dengan masalah semasa. Lagu ini cara saya sumbangkan sesuatu untuk peminat juga masyarakat terutama dalam memberi nasihat dan panduan menaikkan semangat yang hilang,” katanya.
Lapan tahun menceburi arena seni, Fattah secara peribadi turut merakam rasa bangga dengan perkembangan dirinya demi memastikan Bebas menjadi sebuah koleksi yang akan dikenang sampai bila bila.
“Saya teruja dan pada masa sama terharu kerana dapat terbabit sama dalam proses pembikinan lagu ini. Bukan hanya sekadar menyanyi, saya juga terbabit dengan pemilihan melodi serta bunyi untuk lagu. Saya dan komposer Helen Yap, sama-sama duduk berbincang memilih bunyi muzik yang betul betul baik.
“Malah untuk video muzik pun saya mengeluarkan input dan idea. Saya mencurahkan idea, konsep dan isi cerita dalam muzik video ini. Awalnya pihak produksi video muzik ada idea jalan cerita mereka sendiri. Namun akhirnya jalan cerita saya yang menjadi tunjang penceritaan,” akui Fattah.
Terdahulu, bintang berusia 30 tahun ini turut menegaskan yang bidang nyanyian bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, sebaliknya serius bergelar penyanyi.
“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius. Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap. Tanggapan itu tak betul.
“Lihat bagaimana saya begitu bersemangat terbabit daripada A hingga Z untuk lagu Bebas. Daripada proses demo hinggalah ke video muzik.
“Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri. Cuma ketika awal menyertai pentas seni, rezeki lakonan yang lebih dulu ditawarkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk di set penggambaran drama adaptasi novel, Pink Smile karya Luna Adresia.
Drama 20 episod yang akan menghiasi slot Lestary Tv3 itu menyaksikan dia bergandingan dengan Sweet Qismina.
Bebas telah pun berada di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer. Joox dan juga Apple Music bermula pagi 13 Mac 2020.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI