Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kebelakangan ini dilihat tidak lokek memuat naik kandungan berkenaan menu masakan yang disediakannya menerusi media sosial.
Paling mencuri perhatian ialah menu sambal sotong yang sekaligus menjadi sorotan warganet.
Malah, Ira juga ada berkongsi beberapa menu masakan di akaun TikTok miliknya.
Menerusi video-video yang dimuat naik, Ira menggunakan suaranya dalam menunjukkan langkah-langkah memasak menu yang terbabit.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi reaksi positif terhadap apa yang dikongsi dan tidak kurang yang memuji suara Ira yang disifatkan sebagai sedap didengar.
Ads
“Dari IG Story park ke sini. Semata nak dengar suara je,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Comel je la korang ni,” jawab ringkas Ira sambil disertakan emoji ketawa.
“I love to hear your voice and the good ways of explanation’s from you,” tulis pengguna lainnya.
Ads
“So nice of you,” jawab Ira.
Malah tak kurang yang bertanya susulan kebanyakan komen yang terpapar adalah yang baik-baik.
Ads
“Mengapa semua komen murni?,” tanya peminat.
“Sebab ramai lagi orang baik-baik,” jelas ira.
Sehingga kini, video masakan yang dikongsikan di platform tersebut sudah pun menerima lebih 1.1 juga tontonan bersama ratusan komen yang tinggalkan pengguna TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan calang-calang hadiah! Pelakon, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Gayatri, penerbit berusia 46 tahun itu memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah kereta mewah berwarna hitam tersebut.
“Saya kehilangan kata-kata, tak pernah terbayang yang saya akan dapat hadiah hebat seperti ini.
“Terima kasih Zul Ariffin, dari lubuk hati saya,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sangkar.
Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri.
Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, “Yay” bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemeriahan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, dijangka meriah dengan penampilan istimewa beberapa artis popular tanah air.
Bermula 28 Februari hingga malam raya, pentas Anjung Syawal akan dihiburkan oleh barisan artis terkenal termasuk Aina Abdul, Khai Bahar, Amir Masdi, Haziq Rosbi, dan Ara Johari yang dijangka membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.
Turut memeriahkan acara termasuk artis meningkat naik seperti Nadeera Zaini, Bella Astilah, dan ramai lagi.
Daya Tarikan
Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal selaku penganjur menyatakan bahawa kehadiran barisan selebriti ini diharap dapat menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung yang ingin membeli-belah dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Sebagaipenganjur, kami mahumemberikan yang terbaik kepadasemuapihakterutamakepadausahawan yang meniaga di mana kehadiranramai artis popular diharap mampu menarikramaipengunjunguntukdatang membeli– belah.
“Justeru, sayamengucapkanterimakasihatas sokongan dan kesudianpara artis terlibat kerana acara ini juga bolehmenjadi salah satu platform untuk mendekatipeminatmereka,” katanya.
Anjung Syawal dengankerjasamaanjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan Bazar Aidilfitriterbesar di Lembah Klang bakalkembali untuktahun ke-13 bermula 28 Februariiniselama 33 hari.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagaiaktiviti dan reruaiakandilaksanakan bersama konsep yang menonjolkankekayaanbudayaMelayu dan kesenian Islam yang menjaditradisiturun-temurun di negara ini.
Lebih mengujakan, lebih 220 lot niagadaripadajumlahkeseluruhansebanyak 293 lot niaga di Anjung Syawal telahhabisterjualsejak 1 Januari lalu dan optimis ia akan habis dijual bulan ini.
“Walaupunterdapatisu yang dimainkan di media sosial yang menasihatipeniaga agar tidakberniaga di Bazar Aidilfitri kerana masyarakat dikatakan tidaklagigemar membelisecarafizikalnamunsambutan di Anjung Syawal di luarjangkaan.
“Bahkan sebelum kami mengumumkanjualan lot niagadibuka lagi, sudah ramaiusahawan yangmenghubungiuntukmembuattempahan slot,” katanya yang turutmemperuntukkan 20 lot niagakepadagolonganselebriti dan pempengaruh.
Elemen Moden Tak Dilupa
Rayme pada masa sama menambah, konsep kali inibukansahajabertujuan mahu mengekalkan warisanbudayaMelayutetapi juga memasukkan elemenmodendalamsambutan Ramadan dan Syawal.
Pihaknya juga berhasrat menghubungkanwarisanbudayadenganinovasi masa kini, seterusnyaberusahamenarikminatsemua golonganmasyarakatmengenalibudayabangsa terutamagenerasimuda.
“Antara kelainanbaharuAnjung Syawal adalah dengan memperkenalkansegmen ‘Pangkin Seni dan Serambi Santai’ bagimenyediakanpelbagaiaktiviti kebudayaansertaruangselesauntukpengunjung beristirehat.
“Bagi mengekalkantarikan dan kemeriahan pada tahunini, khemahlut sinarsertaberlampuakanturut disediakan di kawasan terpilihkhusus untuk membolehkanpengunjungberbukapuasabersama ahlikeluarga dengan selesa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Instafamous, Farah Lee ada memberikan pandangannya berhubung kisah detik pertemuan diantara pelakon popular, Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar yang hanya bermula menerusi ruangan ‘direct message’ (DM) di Instagram.
Menurut Farah, dia berharap agar lelaki diluar sana berhenti menghantar DM kepadanya kerana menyifatkan pengakhiranya tidak akan sama seperti kisah cinta Mira dan Emir.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...