Drama Atas Satu Janji, yang ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3 nyata menyentuh jiwa yang menontonnya malam tadi.
Rata-ratanya terkesan dan berpuas hati dengan lakonan para pelakon utamanya, Amar Baharin, Risteena, Sasqia dan bintang cilik, Putri Luvvnawilma yang mendukung watak Ara.
Difahamkan, Luvvnawilma merupakan cucu kepada pelakon, Ku Faridah.
Atas Satu Janji mengisahkan kisah anak perempuan berama Ara yang pada awalnya enggan menerima kehadiran ibu baru setelah pemergian ibu kandungnya.
Bagaimanapun, pelbagai konflik telah berlaku di dalam keluarga mereka hingga seorang demi seorang ahli keluarga Ara meninggal dunia.
Lalu, melihat kepada perjalanan cerita, rata-ratanya menyatakan rasa ‘tak puas hati’ dan sedih dengan kisah menyayat hati melibatkan sebuah famili.
Pada masa sama, ada juga di antara mereka yang turut memberi kredit kepada keberkesanan watak yang dibawa para pelakon.
Foto: Instagram Amar Baharin