“Kenapa Seorang Budak Yang Ada Cancer Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup?” – Nabila Huda

Share

Meluahkan pandangan di laman Twitter, pelakon Nabila Huda mempersoal mengapa seorang remaja yang mengidap penyakit kronik dibiarkan berjalan kaki di ibu kota untuk menyara hidup.

Sedangkan, dia masih mempunyai ibu bapa yang punya kudrat

Anak kepada pelakon penyanyi legenda, Amy Search itu bagaimanapun bersifat umum dan tidak merujuk kepada mana-mana subjek.

Pada masa sama, Nabila atau Abil juga menyelar mengapa dibiarkan anak kecil itu mengikat perut selama tiga hari sedangkan ibu bapanya masih punya kudrat untuk mencari nafkah.

“Persoalannya,kenapa seorang budak yang ada cancer, Di biarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu Dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan, bercakap dgn sempurna?” tulisnya.

“Sanggup kah anda,membiarkan seorang budak mengidap cancer Untuk berjalan satu KL Untuk cari rezeki, pernah ikat perut 3 hari,sedangkan diri Ini sempurna mempunyai kaki Dan tangan Untuk bergerak? Sanggup kah anda?” luahnya lagi.

Jelas pelakon ini, dia terpanggil untuk meluahkan rasa hati selepas melihat bagaimana insan yang tidak punya kaki namun terus gagah mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

“Actually lepas Aku shoot telemovie #demicintakuzainuddin tu buat Aku terfikir macamana lah orang yang hidup tanpa kaki,macamana lah Dia Nak teruskan hidup, Aku bersyukur Allah masih bagi kenikmatan dengan ada nya dua pasang kaki,tangan,mata Dan mulut yang sempurna,” jelasnya lagi.

Malah netizen turut menyatakan pandangan masing-masing di ruang komen.

Foto : Twitter Nabila Huda

Published by
Noraini Abd Wahab