Pelakon, Elvina Mohamad mendedahkan dirinya kini sedang merancang untuk memiliki sebuah kediaman miliknya sendiri sebagai salah satu langkah bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.
Jelas Elvina, dia sebolehnya tidak mahu terlalu bergantung kepada suaminya sahaja kerana dia merasakan dirinya juga mampu untuk berdikari sendiri.
“Mula lah merancang cari sebuah kediaman. Biar kecil tetapi selesa.
Merancang persiapan untuk masa depan sebab langit tidak sentiasa ada awan.
Kadang kadang hujan sampai petan
“Belajar lah untuk berdikari dan bina usaha sendiri. Jangan bergantung sepenuhnya pada suami saja,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga berasa kurang selesa dengan tanggapan segelintir pihak yang sering kali mempersoalkan keputusannya untuk terus berlakon dan menceburkan diri didalam dunia perniagaan meskipun dia memiliki seorang suami yang mampu untuk menanggung kehidupannya.
“Sebab El selalu dapat soalan macam ni : ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, ‘Kenapa susah susah nak buat business kan laki hang dah kaya, mintak jela laki hang duit’. Hello! YANG KAYA TU LAKI SAYA BUKAN SAYA!!
“Ohhh kalau husband dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak niaga sendiri? Apa lah orang yang mentality macam ni.
“FYI, El bukan jenis orang yang boleh duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, shopping and mengharapkan duit dari suami je yeeeee,” ujarnya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Takdir Yang Tertulis itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini turut memaklumkan dia sebenarnya sudah lama memasang hajat untuk menjadi seorang usahawan wanita berjaya yang mampu memberi manfaat kepada orang lain
“Tak salah kan kalau kita nak berjaya dan kaya hasil usaha sendiri. I berlakon sebab I minat, I buat business sebab ini memang cita-cita I dari dulu.
“I nak jadi seorang business woman yang berjaya dan leader yang bagus untuk guide my team dan wanita diluar sana yang sama sama nak berjaya!
“So be positive ok! A positive mindset brings positive things. Hmm! Sorry panjang membebel sebab geram selalu sangat dapat soalan gituuuu,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan agar segala yang dihajati oleh Elvina itu akan tercapai.
“Suka cara El. So proud of you.
“Setuju sangat-sangat. Jadi perempuan kena ada hala tuju tak boleh harapkan suami je. Sokong awak cantik ni.
“100% agree with you.
“Beauty with brain,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Elvina telah pun mendirikan rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Datuk Haniff Borhan, 34 pada tanggal 18 Mac 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan sorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen yang kini baru berusia dua tahun.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Elvina Mohamad