Pelawak dan pengacara, Jihan Muse mengakui banyak hikmah yang telah diperolehnya sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19.
Menurut Jihan, sepanjang dua minggu kebelakangan ini, hatinya sudah mula tenang selepas banyak meluangkan masa untuk belajar serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Sbnrnya dalam 2 minggu ni hati dah mula tenang & mensyukuri nikmat PKP ni. Tenang2 duduk di rumah, byk membaca, belajar & improve cara pengurusan diri & keluarga. Terlalu byk hikmah & perbezaan dirasakan spjg PKP ni. Tapi malamni hati jadi tak sedap kembali mcm sebulan yg lalu.
— J I H A N M U S E (@jihanmuse) May 1, 2020
“Sebenarnya dalam dua minggu ni hati dah mula tenang & mensyukuri nikmat PKP ni.
“Tenang-tenang duduk di rumah, banyak membaca, belajar & improve cara pengurusan diri & keluarga.
“Terlalu banyak hikmah & perbezaan dirasakan sepanjang PKP ni,” tulisnya.
Pada masa sama, Jihan turut meluahkan kebimbangannya susulan pengumuman pihak kerajaan yang membenarkan beberapa sektor untuk mula beroperasi pada 4 Mei ini.
Kenapa tak boleh sabar sikit je lagi… 😢😢😢
— J I H A N M U S E (@jihanmuse) May 1, 2020
“Tapi malam ni hati jadi tak sedap kembali macam sebulan yg lalu.
“Kenapa tak boleh sabar sikit eh,” soal Jihan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan perasaan yang sama selain mendoakan semoga semua baik-baik sahaja.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan mula dilaksanakan sejajar dengan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi bermula Isnin ini.
Sumber: Twitter Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI