Personaliti televisyen, Hawa Rizwana Rizwan mendedahkan ada menerima komen melampau daripada seorang individu di ruangan ‘direct message’ (DM) Instagram.

Bagaimanapun, Hawa dilihat tenang dan tidak mengambil hati terhadap komen individu berkenaan.

Sebaliknya, dia sempat berseloroh dengan rakan pengacara, Fedtri Yahya mencadangkan rasa marah tersebut patut ditukarkan dalam bentuk puisi.

“Ini boleh dijadikan cabaran seterusnya buat #gelanggangpuisifedtriyahya tak? @fedtriyahya,” tulisnya

IKLAN

Indivitu tersebut seolah-olah marah hingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengara program Wanita Hari Ini itu.

“Seronok dikejar anjing? Asal tak dikejar malaikat maut je. Ajal melambai tu.

“Kayuhlah basikal lagi. Bestkan dapat bala. Padam muka. hahahahahaha.

IKLAN

“Kenapa tak jadi seperti haiwan bernama B*bi? Sebab haiwan macam ni hanya yang jadi penyondol jer kejar lelaki,” tulis individu tersebut.

Komen tersebut dikongsikan Hawa menerusi akaun Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut melihat komen melampau yang diterima.

IKLAN

“Kenapa Tak Jadi Seperti Haiwan Bernama B*bi?,” – Dapat Komen Melampau Gara-Gara Dikejar Anjing, Ini Reaksi Balas Hawa Rizwana “Kenapa Tak Jadi Seperti Haiwan Bernama B*bi?,” – Dapat Komen Melampau Gara-Gara Dikejar Anjing, Ini Reaksi Balas Hawa Rizwana

Baru-baru ini, Hawa ada berkongsi kisahnya yang dikejar anjing sewaktu sedang melakukan aktiviti riadah.

Bagaimanapun, Hawa sempat menyelamatkan diri menaiki kenderaan seorang individu yang kebetulan lalu di kawasan terbabit.

Sumber: Twitter Hawa Rizwana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI