Gara-gara berkongsi sekeping foto di Instagram, fizikal penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan netizen apabila ramai yang menyangka, bintang kelahiran Sarawak ini terkena buatan orang apabila tubuhnya dilihat susut.
Bagaimanapun Hafiz seperti yang dipetik Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.
“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.
“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.
“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.
Ads
“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.
“Saya amat menghargai warganet dan peminat kerana mereka masih mengambil tahu perkembangan dan kesihatan saya,” akhiri Hafiz yang bakal muncul menerusi lagu duet bersama Adira Suhaimi.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita, Mia Ahmad yang baru sahaja bergelar seorang ibu beberapa bulan yang lalu.
Baru-baru ini MH telah berkesempatan bertemu dengan Mia lalu sempat bertanyakan mengenai penampilam terkininya yang kelihatan sedikit susut berbanding sebelumnya.
Bagaimanapun, Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi mempunyai penjelasan yang tersendiri berhubung isu tersebut.
“Susut? Eh tak lah, mana ada makan hati, lagi pun benda dah lepas kan,” jawabnya ringkas.
Tambahnya lagi, selepas melahirkan putera sulungnya itu, dia sangat menitik beratkan amalan berpantang.
“Saya pantang betul-betul, saya masuk sauna pagi petang sebab memang nak kurus.
“Sebab waktu saya hamil, berat badan saya naik hingga cecah 20 kilogram, dari 48kg ke 68kg. Jadi rasanya macam besar sangat.
“Lalu, saya memang pantang betul-betul. Misalnya saya ada kunjungi sauna, bertungku dan sebagainya.
“Sebelum hamil berat saya 48kg dan sekarang 43kg, lebih kurus lagi dari sebelum ni,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Mia telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa, 8 bulan.
Pelakon, Zul Ariffin, 38, mengakui peluang bekerjasama dengan pencipta kandungan digital media sosial terkemuka, Sofyank telah menyuntik perspektif dan keyakinan bahawa anak muda tersebut mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.
Zul berkata, perkara itu diamatinya sendiri setelah berpeluang berada di bawah pengarahan Sofyank menerusi penghasilan sebuah video khas berkenaan permainan video MMORPG terkemuka dunia, Forsaken World 2, baru-baru ini.
“Sebelum ini, saya hanya mendengar dan tahu nama Sofyank ini bila ramai cakap mengenai video-video animasi atau VFX yang dia sering hasilkan di media sosial.
“Ada juga antaranya yang saya tengok dan dari situ saya dapat rasakan dia ini berbakat besar, apalagi dia pun pernah bekerjasama dengan nama-nama besar di luar negara seperti Zach King, Will Smith, Chris Hemsworth dan Paul Rudd.
“Kemudian bila dapat pula peluang untuk bekerjasama dengannya dalam video Forsaken World 2 ini, sudah tentulah saya pun teruja.
“Bagi saya, Sofyank adalah antara bakat anak Malaysia yang mampu pergi lebih jauh. Tidak mustahil dengan potensi yang dimiliki, dia mampu melakukan sesuatu untuk industri seni perfileman tanah air,” katanya.
Selain itu, berkongsi mengenai pengalamannya membawakan watak adiwira dalam video arahan Sofyank itu, Zul berkata, ia merupakan kali pertama dia menggayakan kostum ala-ala Marvel sepanjang membina kerjaya sebagai anak seni.
Zul berkata, kostum yang diinspirasikan daripada salah satu watak dalam permainan tersebut iaitu Demon Hunter itu akan menjadi antara kenangan menarik buat dirinya.
“Lakonan saya dalam video ini juga agak berbeza kerana banyak melibatkan kesan visual dengan menggunakan skrin hijau. Saya harus menggunakan imaginasi saya sendiri.
“Kostum itu nampak macam besi, tetapi tidak berat pun. Saya pun kagum sebab kostum itu juga dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.
“Saya berjaya bawakan watak itu di bawah pengarahan Sofyank tak sampai lima jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang penting saya ‘enjoy’ melakukannya,” katanya.
Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah, 28, mengakui seronok bekerjasama dengan pelakon Sheriff: Narko Integriti tersebut yang disifatkan sangat profesional.
“Saya rasa Zul merupakan pilihan yang paling tepat untuk watak ini. Bukan sahaja kerana dia seorang pelakon aksi berkaliber tetapi juga kerana watak Demon Hunter ini memerlukan susuk tubuh sasa untuk beraksi dengan senjata yang besar.
“Sepanjang bekerjasama dengannya, saya seronok sebab Zul memang sangat profesional,”katanya.
Bagi menyempurnakan lagi elemen fantasi dalam video tersebut, Sofyank turut mendapatkan khidmat juruanimasi antarabangsa yang pernah berkhidmat untuk filem Hollywood seperti The Little Mermaid, Snow White dan Sonic the Hedgehog.
Ini juga bukanlah kali pertama Sofyank berkolaborasi dengan bintang lokal untuk tujuan permainan video mudah alih.
Sebelum ini Sofyank pernah bekerjasama dengan Beto Kusyairy dalam sebuah video kesan visual yang berjaya mencapai jutaan tontonan dan menjadi buah mulut ramai.
Video arahan Sofyank untuk Forsaken World 2 boleh mula ditonton di laman sosial hari ini, manakala pelancaran rasmi permainan yang diterbitkan oleh VNGGames ini adalah pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.
VNGGames sebelum ini turut mencatat sejarah sebagai syarikat permainan video global pertama yang mengadaptasikan watak pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam sebuah permainan mudah alih terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, nama pelakon dan usahawan Linda Rafar menjadi perbualan hangat wargamaya selepas didakwa memberikan komen terhadap perhimpunan baju hitam yang diadakan di sekitar ibu kota, Sabtu lalu.
Lalu, anggota kumpulan Elite itu difahamkan turut menerima tuduhan berbaur fitnah daripada pengguna media sosial mengenai hal berkaitan.
Menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram, Linda memaklumkan telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, Selangor.
Pada masa sama, kakak kepada pelakon Diana Rafar ini memberitahu, pihak peguam yang dilantik telah menyimpan kesemua gambar tangkap layar untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
“Jangan Main2 dengan Undang2 Negara. Pada all nitizen yg sebarkan fitnah terhadap linda dah PM @muhyiddinyassin_official Di laman social Twitter,Facebook n Instagram.
“Walaupun anda deleted n Cuba block saya, lawyer saya dah screeshot so jgn ingat bole lari..,” tulisnya.
Perhimpunan baju hitam itu telah dianjurkan oleh Sekretariat Soladiriti Rakyat dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuashatian terhadap pihak kerajaan.
Difahamkan, perhimpunan yang disertai kira-kira 400 peserta itu telah berarak dari Stesen Monorail Masjid Jamek ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur seawal jam 11 pagi pada 31 Julai lalu.
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Bella Astillah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia dan anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dilihat mengadakan lawatan di Parlimen Malaysia, pagi ini.