“Kenapa Tinggalkan Macam Ni. Carilah Saya Wahai Sang Ibu,” – Abby Abadi

Share

Pelakon senior, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah berkongsi satu kes pembuangan bayi yang berlaku di Surau Wildan, Subang Perdana, baru-baru ini.

Kongsi Abby, bayi berkenaan adalah bayi lelaki dan ditemui masih hidup dan sihat.

“LAGI KES BUANG BABY Aduhaiii Kenapa tinggalkan mcm ni. Carilah Saya wahai Sang Ibu. Sy buleh usahakan duit belanja waktu berpantang sekali.

“DM Sy, kita jumpa kita, kita je. Jangan risau. Sy takkan siarkan gambar/ detail anda. Tolong ye cari Saya.

“Pagi ni Alhamdullillah dpt selesaikan satu kes lagi. Syukur ALLAH bantu permudahkan. Baby comel sangat! Mcm peranakan,” tulisnya.

Niat murni pelakon berusa 41 tahun itu mendapat pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap bintang drama bersiri Gerak Khas itu yang ingin membantu kepada ibu-ibu diluar sana yang bertindak untuk membuang anak. 

Diharapkan niat baik Abby mendapat keberkatan dariNya.

Foto : Instagram Abby Abadi

Published by
Nazar Rafiqhi