Pereka fesyen, Rizalman menerusi Insta Story miliknya meluahkan ‘rasa kecewa’ kepada pengacara popular, Neelofa.

Menerusi video pendek tersebut, Neelofa dilihat memegang jambangan bunga merah bersama kad ucapan hari lahir bersimbol cincin dan kamera pantas meleret ke Datuk Hans Isaac yang hanya berdiri di tepi sambil memberikan senyuman manis.

IKLAN

“Kenapakah aku diperlakukan begini? Oh tidak..Pa…Pa…Pa…Kenapa?” luahnya.


IKLAN

Malah Rizalman secara berseloroh turut menyifatkan lelaki yang mempunyai nama yang bermula dengan huruf H sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

“Aaaahhh, jantan kalau nama mula dengan huruf H memang aku tak boleh percaya,” kongsinya.

H H H H H

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Feb 11, 2020 at 5:18pm PST

Terhibur dengan gelagatnya, netizen meninggalkan reaksi di ruangan komen.


Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Hans Isaac namun ia terputus di tengah jalan.

Foto : Instagram Rizalman