Penyanyi Datin Alyah Abu Hasan kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memutar-belitkan kenyataannya sewaktu menjawab pertanya netizen ketika sesi siarann langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Menurut Alyah, pada ketika itu, dia dalam santai menjawab dakwaan yang kononnya dia berkahwin dengan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS kerana harta.
“Adalah yang bertanya tanyakan soalan mengenai rumah tangga saya. Saya pon dengan ikhlas hati kongsi serba sedikit pekara-perkara yang pernah saya lalui dan kesilapan yang pernah dibuat.
“Dengan niat supaya adik-adik, kawan-kawan jangan lakukan apa yg pernah saya lakukan. Itu saja niat saya.
“Dalam perkongsian itu rasanya tidak keterlaluan dan tidak mengaibkan sesiapa pon. Saya juga tidak terfikir pekara ini malah menjadi besar di media sosial,” tulisnya.
Alyah turut menjelaskan ketika berkahwin dengan Tokram, namanya juga sedang berada di puncak.
Ads
Bagaimanapun, penggunaan ayat ‘baru keluar dari hutan’, ‘pokok getah’ dan ‘sawit’ telah disalah tafsir dan penyanyi Thank You Allah ini beri penjelasan bagi elakkan kekeliruan.
“Kenapalah saya nak menghina anak peneroka sedangkan mak saya anak peneroka kot. Maksud saya dalam perbualan live TikTok kemarin.
“Saya berkahwin dgn Tok Ram di saat nama saya menjulang Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.
Ads
“Bukan saya tiba-tiba keluar dari parit ke? Hutan ke? Kelapa sawit ke? Pokok getah ke? Jadi bila headline portal-portal yang mengambil cerita ni menjadikan
pekara yang remeh menjadi besar,” tulisnya.
Perkara tersebut dijelaskan Alyah menerusi hantaran terkininya di Instagram, sambil menyifatkan jodohnya bersama Ramli MS sememangnya sudah ditakdirkan.
“Satu lagi, saya ni memang anak orang susah tapi Allah SWT rezekikan saya suara untuk saya mencari rezeki dan membantu keluarga.
Ads
“Jadi, isu saya kahwin Tok Ram kerana harta itu memang sangat tidak benar dan saya percaya jodoh milik Allah SWT dan dengan jodoh ini juga saya belajar banyak pekara baru untuk menjadikan saya lebih dewasa,” akhirinya.
Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Raja Ilya telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berusia 33 tahun itu telah berkongsi rakaman video ketika suaminya, Trent Garret membuat persiapan untuk melamar Ilya sebelum ini.
“Look what I found .. Awwwww.. it’s a behind the scene video before the surprise Proposal .. Awwww…
“feel so blessed. I am Speechless, well I forgive you for “avoiding the truth” .. awww.. Can’t believe Dad was there too.. Rasa bersyukur sangat … #lifestyleoflove #proposal #nakbawabalikkampung”
“And at the same time .. we wanna share with you guys some news too..#soon haha love you @trentengarrett”
Lantas, kata-kata yang ditulis oleh Ilya telah menarik perhatian peminat apabila pelakon yang berasal Ipoh, Perak itu seakan mahu berkongsi berita gembira bersama peminat.
Rata-rata netizen merasakan dan memberikan pendapat bahawa yang Ilya kini sudah hamil.
Untuk rekod, Raja Ilya telah berkahwin bersama suaminya, Trent Garrett pada 23 Disember lepas di Perth, Australia.
Alhamdulillah,kalau betul mengandung pun apa salahnya. Betul tak?
Video : Instagram Raja Ilya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!