Pelakon dan pengacara Nabila Huda baru-baru ini tampil dengan gaya ala-ala Puteri Gunung Ledang.

Ia dilakukan sebagai mengangkat tema ‘hutan’ Muzikal Lawak Superstar (MLS) minggu ketiga pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil dilihat tampil sama wajah polos apabila dia membersihkan wajahnya selepas disolek seperti Puteri Gunung Ledang, sejurus program selesai.

Malah, Abil pasrah dan reda apabila menyedari keningnya terlebih cukur bagi memenuhi penampilan watak.

“Macam mana aku nak selesaikan rambut ini, nak kena padam makeup, kening aku pun dah hilang kerana terlalu komited dengan kerja.

“Tapi tak apalah, kerja kena bagi 100 peratus komitmen untuk korban segalanya. Korban kening, korban masa janji jangan korban maruah,” kata Abil sambil membersihkan wajahnya. 

Ads

Beberapa minit kemudian, Abil kemudian tampil bersih selepas mencuci wajahnya.

“Muka saya dah kembali normal. Aku sanggup shave kening semata-mata nak samakan dengan kening Puteri Gunung Ledang, tapi kening aku rosak,

“Rambut pun dah kembali normal. Boleh cover dengan rambut depan. Nak jumpa suami walaupun tak ada kening, kita kena pastikan rambut kita cantik,”kata Abil sambil merapikan rambutnya dan secalit gincu di bibir. 

Ads

Sementara itu, di ruangan komen, netizen tetap memuji kecantikan ‘natural beauty’ anak kepada penyanyi Amy Search.


Terdahulu, Abil menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program realiti komedi, Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat lalu yang bergadningan dengan Nabil Ahmad.

Ads

View this post on Instagram

♥️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

View this post on Instagram

💋

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Foto : Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI