Pelakon Nur Fazura dilaporkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram.
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Menurut sumber Harian Metro, Fazura hadir ke balai polis berkenaan bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dibuat wanita terbabit terhadapnya.
“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” katanya.
Terdahulu Fazura memuat naik foto sedang berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya, berhubung perkara itu.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Fazura tidak menyatakan sebab kehadirannya di balai polis terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon wanita itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI