
Berkongsi sepotong klip video yang sedang tular di Indonesia, Jasmin Hamid sempat bersenda memohon agar pengguna jalan raya tidak menikmati aiskrim sewaktu sedang memandu.
Video yang berkisar kepada seorang penunggang motosikal yang berhenti di garisan zebra dan sedang makan aiskrim, sebelum ditegur oleh penguat kuasa menerusi pembesar suara, cetus sensasi di negara jiran.
“Selamat sore. Kepada abang yang makan aiskrim, silakan mundur ya bang.
“Kepada ibu yang disampingnya dan kepada seluruh pengendara yang berhenti di zebra cross. silakan mundur.
“Dan kepada abang yang makan aiskrim, habisi dulu aiskrimnya ya bang. Baru jalan. Aduh manis sekali bang senyumnya.
“Tu kan di makan lagi aiskrimnya. Habisi dulu ya bang. Baru berjalan lagi. Nanti abang kenapa kenapa-kenapa di jalan.”
Turut terhibur dengan gurauan manja penguatkuasa wanita itu, Jasmin turut berpesan agar menghabiskan aiskrim sebelum meneruskan pemanduan.
“Kepada Abang yg makan es krim ☺
Makan es krim tu jangan sampai langar undang-undang jalanraya ya…mundurkan speda kamu di garisan yang harus di patuhi. Udah habis makan es krim baru jalan ya. .
Hebat Bukan?”
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Terhibur dengan perkongsian itu, netizen turut berharap agar Malaysia turut mewujudkan sistem sebegini bagi mengawal lalu lintas.
Foto – Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Ke US Pakai Baju Melayu,” – Kacak & Patriotik, Penampilan Johan ‘Jojo’ Ghazali Sebelum Bertarung Dipuji Semua!

Peninju Muay Thai popular negara dan pempengaruh, Johan Ghazali ‘memancing’ perhatian ramai apabila muncul menggayakan sepersalinan baju Melayu pada satu sesi temubual bersama media sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Dalam hantaran di Instagramnya, Johan atau lebih sinonim disapa dengan panggilan popular Jojo tampak segak menyarung busana baju Melayu dalam rona hijau gelap dari jenama tersohor, Bulan Bintang.
“Representing Malaysia in this baju Melayu by @bulanbintanghq for media day today. Next is Weigh ins and face offs. Insyaallah everything goes smoothly,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekali gus, ia berjaya menambat perhatian warganet dan rata-ratanya meninggalkan komen positif. Antaranya;
“Wow you are Melayu tulen. All the best Jojo!”
“Sampai ke US pakai Baju Melayu. Good luck Jojo.”
“Smart tang baju Melayu.”
“Segak pakai baju Melayu.”
“We are so proud of you Jojo. All the best champ.”
Malah ada juga netizen yang menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jojo, semoga meraih kemenangan ke atas lawannya.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 28,000 tanda suka.
Pada 6 September ini (esok), Johan akan berentap di gelanggang ONE 168: Denver bertemu dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.
Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.
Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Isteri Selamat Berkahwin, Jovian Mandagie Titip Ucapan – “Semoga Kebahagiaan & Kegembiraan Sentiasa Mengiringi Hidup Kalian.”

Pereka fesyen tersohor, Dato Jovian Mandagie menitipkan ucapan penuh makna kepada bekas isterinya, Nina Sabrina Ismail Sabri yang selamat mendirikan rumah tangga bersama dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, pada Isnin.
Dalam ucapan tersebut, jejaka berusia 38 tahun itu memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut tetapi tetap menitipkan doa dan harapan terbaik untuk kebahagiaan pasangan pengantin baru itu.
“Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai! Maaf kerana tidak dapat hadir menyaksikan penyatuan indah anda berdua. Doa dan ucapan terbaik dari hati saya untuk anda berdua.
“Semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi hidup kalian. Kita akan berjumpa untuk makan malam bila saya kembali ke KL nanti!” katanya dalam hantaran tersebut.
Ucapan itu dikongsikan Jovian menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam hantaran lain pula, Jovian berkata bahawa perpisahan bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih besar secara berasingan daripada apa yang mampu dicapai bersama.
Tambahnya lagi, hubungan mereka kekal diikat dengan rasa hormat, kematangan, dan kasih sayang terhadap apa yang telah mereka bina bersama sebelum ini.
“Kadangkala, perpisahan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan. Peluang untuk menemui kebahagiaan yang lebih besar secara berasingan daripada apa yang kita boleh capai bersama.
“Kami tetap bersatu melalui rasa hormat, perkembangan, dan kasih sayang terhadap apa yang telah kami cipta bersama. Itulah kisah kami,” katanya lagi.
Di akhir hantaran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menitipkan kata-kata baik serta doa untuknya.
“Terima kasih atas semua ucapan dan doa yang baik, saya amat tersentuh dan terharu,” tulisnya penuh makna.
Untuk info, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil hubungan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia 7 tahun.
Walau bagaimanapun, jodoh tidak panjang dan mereka menamatkan perkahwinan selepas 10 tahun bersama.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sama Cantik Sama Padan, Ini Best Couple Bintang Insta Yang Sentiasa Nampak Sweet Di Instagram, Moga Till Jannah!

Bagai pinang dibelah dua. Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan buat pasangan muda Instafamous yang bergelar suami isteri ini.
Sering bekongsi gambar dan video di laman sosial, bintang Insta ini juga sering menjadi tarikan netizen dek gelagat dan aksi sweet yang dipamerkan itu.
Berikut adalah senarai pasangan muda instafamous yang sudah berkahwin. Romantis bukan?
1. Syafiqah Aaina & Hafiz Mahamad
Pasangan ini cukup sinonim dengan kejutan tanpa diduga yang diberikan si suami buat isteri tercinta.
View this post on InstagramDay 10 City of love with my ❤️
A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
2. Mikhael Isaaq & Hajar
Pasangan ini juga sering memberikan kejutan antara satu sama lain. Difahamkan, Hajar bekerja di syarikat penerbangan Air Asia sering mendapat kejutan dari suaminya itu.
View this post on Instagramthankyou for this love, manja?❤️
A post shared by Lucky Wife?? (@hajarhanif) on
View this post on InstagramIni bukan Captain Azrain & Coco yee, ini Captain Mikhail isaaq ??
A post shared by Mikhail isaaq (@mizisaaq) on
3. Eboy Arbaain & Asyalliie
Memiliki perniagaan sendiri, Asyalliie dan suami Eboy sentiasa berkongsi gambar di Instagramnya.
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada Meri 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mikhael berusia 1 tahun.
View this post on InstagramA post shared by ❤︎ (@asyalliee) on
4. Aley Azami & Arviena
Perbezaan jarak umur bukanlah penghalang buat pasangan model ini untuk menyemai detik percintaan bersama.
Arviena, 31 tahun manakala Aley, 26 tahun antara pasangan Instafamous yang sering mendapat perhatian netizen kerana sifat mereka yang ‘gila-gila’.
View this post on InstagramA post shared by @ arviena on
View this post on InstagramA post shared by @ arviena on
5. Asadel Farhaan & Faz Zulkafli
Pasangan suami isteri ini boleh dikategorikan sebagai pasangan ‘urban’ dek penampilan mereka yang seiring dengan gaya moden masa kini.
Mereka juga sering memuat naik foto OOTD bersama dengan gaya yang tersendiri.
View this post on InstagramA post shared by FAZ (@fazulkafli) on
View this post on InstagramSummer Romance ♥️ Falling in Love with you all over again in London City ?? #BarbieLife #FF1709
A post shared by FAZ (@fazulkafli) on
Foto : Instagram Instafamous
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI