Pelakon terkenal, Fasha Sandha tersentuh saat menonton video viral yang memaparkan tindakan bertanggungjawab seorang remaja yang juga penghantar makanan kerana tidak melarikan diri selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.

Menurut Fasha, dia mahu bertemu dengan remaja berkenaan untuk memberikan hadiah disebabkan kesungguhannya mencari rezeki pada usia yang muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Pujian harus diberikan pada yang pertama, adik Grab yang tak lari selepas melanggar. Ada sesetengah rider yang langgar lari. Langgar side mirror kereta pastu pecut lari risau kena bayar.

“Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, say sorry pun dah memadai. Kepada adik ni, VFX8*** silakan hubungi kakak, kakak ada hadiah nak bagi awak memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.

Luahan tersebut dikongsikan bintang drama Serpihan Sayang ini menerusi laman Instagram.

“Kepada Adik Ni, Sila Hubungi Kakak,” – Tak Cabut Lepas Langgar Vellfire, Fasha Sandha Puji Sikap Rider & Mahu Beri Hadiah “Kepada Adik Ni, Sila Hubungi Kakak,” – Tak Cabut Lepas Langgar Vellfire, Fasha Sandha Puji Sikap Rider & Mahu Beri Hadiah

Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan remaja tersebut wajar dijadikan contoh buat para penunggang motosikal lain, termasuk adiknya sendiri.

Ads

“Kalau awak baca posting kak ni, silakan komen atau DM (adik ni harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motorsikal) termasuk adik saya @ikmaldaniels. If terlanggar, sila berhenti dan gentle ok?,” kongsinya lagi.

“Kepada Adik Ni, Sila Hubungi Kakak,” – Tak Cabut Lepas Langgar Vellfire, Fasha Sandha Puji Sikap Rider & Mahu Beri Hadiah

Pada masa sama, Fasha turut memuji tindakan pemilik kenderaan kerana amat bertimbang rasa.

“Kedua, pujian buat abang kereta besar ni juga di atas kemuliaan hatinya, bagi adik ni pergi tanpa bayaran,” ujarnya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut turut tersebut selain turut mendoakan semoga urusan remaja berkenaan akan sentiasa dipermudahkan.

“Nangis pula tengok. Jumpa orang baik dan memahami pun satu rezeki. Alhamdulillah.

“Bagus adik ni. Ayat dia dah buat salah, takkan nak lari. Gentlemen sungguh. Terbaik dan salute dekat awak adik. Semoga Allah perluaskan rezeki.

Ads

“Alhamdulillah, rezeki adik ni. Semoga dia baca. Thanks Fasha. Semoga dimurahkan rezeki.

“Macam ni la kita nak. Yang langgar mengaku dan dilanggar pun faham. Dua-dua best. Alhamdulillah bagus adik.

“Yang penting bila buat salah, kita ada sifat tanggungjawab. Tak semua orang mampu bersikap sebegini. Salute dan respect to him,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Fasha itu telah pun meraih hampir 400,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI