“Kepada Musuhku Kanser, Please Be Nice To Me,”- Harapan, Titip Doa Elyana Sempena 2019. Sebaknya!

Share

Pelakon dan penyanyi, Elyana mengharapakan agar tahun baru 2019 ini akan menjadi tahun yang lebih baik buatnya.

Dia juga mengharapkan bahawa dia lebih kuat untuk menghadapi penyakit kanser yang dihadapinya itu.

“Terima kasih 2018 kerana banyak meninggal kan kenangan-kenangan indah, semua yang pahit telah aku tukar kan menjadi manis semua nya.

“Kepada musuh ku KANSER, pleaseeee be nice to me…dah tahun 2019 dah, tak boring ke 8 tahun duduk dalam badan saya?

“Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal, tetap lah menjadi diri mu.

“Tetap lah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental. Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa. Sebab saya tau awak kuat Nana! Semoga menjadi Manusia yang lebih baik!

“Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019. Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah.

“Terima kasih korang semua untuk tahun 2018,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Elyana mengumumkan mempunyai sakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 lalu.

Sejak itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Elyana dan mengambil berat keadaan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu Itu.

Apa-apapun, moga-moga Elyana terus tabah dan akan terus kuat melawan kanser tersebut. Fighting!

Foto/Instagram: Elyana

Published by
Khaleeda Rashikin