Bersempena dengan majlis raja sehari Aidil-Fasha yang bakal berlangsung tak lama lagi, Nora Danish sempat menitipkan ucapan buat aktres, Fasha Sandha.
Pelakon dan usahawan itu mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 terbabit.
“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.
“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya selepas ditanya pihak media.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian Loves Oh Most Wanted di Shah Alam, minggu lalu.
Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia 5 tahun.
Terdahulu, Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Foto: Instagram Nora, Fasha
https://youtu.be/5KX17FGNy4k
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tegas Cuma Tidak Garang,” – Dalam Usaha Mendidik Anak, Hanis Zalikha Tak Mahu Bersikap Keterlaluan & Memaksa
Selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi pengalaman anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang cuba menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini buat kali pertama.
Hanis berkata, Yusuf berjaya berpuasa selama sehari meski usianya baru hampir mencecah usia enam tahun.
“Setakat ini dia dapat puasa sehari sahaja lah dan dia buat pun dengan rela hati.
“Mungkin sebab dia tengok saya dengan suami puasa, jadi dia pun cakap teringin nak cuba untuk puasa,” katanya.
Dalam pada itu, Hanis dan suami yang juga pelakon Hairul Azreen memberitahu, mereka sepakat untuk sebolehnya tidak mahu bersikap keterlaluan dalam usaha mendidik anak-anak.
Akui senang dengan sikap dua permata hatinya yang bersemangat untuk melakukan amalan kebaikan, jelas Hanis sebagai ibu dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Sejujurnya, perkara lain macam solat dan puasa ni semua saya sebagai ibu tidak mahu terlalu memaksa.
“Sebolehnya saya cuma mahu tunggu bila dia dah betul-betul bersedia untuk buat.
“Kalau orang kata cara saya didik anak tu lembut tetapi sebenarnya tidak sebab saya ni seorang yang tegas cuma tak garang.
“Bagi saya, anak ini satu amanah kan jadi memang kita kena tegas kalau nak didik anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanis kini secara rasmi telah dilantik untuk menjadi duta rangkaian pakaian fesyen muslimah jenama Innersejuk.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ketika ditemui di majlis perlantikan tersebut menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama berkenaan.
“Saya rasa berbesar hati sangat apabila dipilih untuk pegang dan galas amanat ini.
“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini bukan hanya kerana kadar bayaran yang akan ditawarkan semata-mata seperti dalam perjanjian.
“Namun, saya berbesar hati untuk pegang amanah ini kerana visi Innersejuk itu sendiri yang mana mahu meletakkan jenama tempatan di persada antarabangsa,” jelasnya.
Katanya lagi, pihak Innersejuk juga telah merangka beberapa perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan asia tenggara khususnya.
Innesejuk menerusi koleksi terbaru, Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa.
Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob.
Lebih menarik, ia ditambah dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Sekadar informasi, Hanis atau lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Suka Anak Kahwin Muda Sebab Nak Jaga Agama, Fasih Al-Quran Syarat Wajib,” – Bonda Rozita
Rozita Ibrahim antara nama yang sinonim sebagai ahli perniagaan berjaya dan seorang ibu yang penyanyang.
Merupakan ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita sering berkongsi gambar dan video yang melihatkan keakrabannya sesama keluarga.
Terbaru, Rozita telah berkongsi momen indah apabila dia bersama dengan anak, cucu dan menantu kesayangannya, Datin Seri Shahida yang melihatkan gelagat masing-masing di dalam kereta.
“Sy suka anak sy kahwin muda sbb nk jaga agama.. Ajim dh 22 sy nak kawinkan tp xd calon yg sy suka..he he wajjb fasih Quran syarat utama sy
Tujuan sy supaya mereka x buat maksiat.. lagi cepat bina keluarga.. lagi cepat rasa bertanggungjawab.. lagi kuat family..,” tulis Rozita
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
“Tu padangan sy..senda gurauan kami di dalam kereta alahai kalau syukri mmg sifatnya suka membahan org.. lawak dn meninggi diri.. kami dh tahu prangai dia.. mmg xtahan dia buat lawak.. dia je semua good ..lawa..hensem..kami semua hodoh..!!
Ha ha dah lama kawin kenal dh perangai dia..Sy cakap Ida Gurau dia mmg kita jadi kereta kebal bkn setakat ajim ajah.. sy emaknya pun dia hina,” tulis Rozita lagi.
Dalam pada itu, Rozita kadang-kadang terasa hati dengan kata-kata anaknya itu, Aliff.
“Dia kata muka mak skrg adalah muka ketinggalan zaman.. kalau dgr kata2nya bukan setakat nk lempang.. rasa nak cangkol.. nak pijak.. nak simbah air panas.. semua ada.. mmg mulut insuran tinggi betul dia ni.. lawak tahappp klu org xblh paham dia melawak atau menghina konfius,” tulis Rozita.
Disamping itu, Rozita berharap agar semua pihak dapat memaafkan anaknya itu dek mulut yang ‘cakap main lepas’.
“Baik sgt2 kri ni kami je kenal..followers ssmua maafkan anak sy kri ya ..Dia ni dah 30an pun kena marah kena pukul lagi dgn sy..!! Kalau sy nangis baru dia berhenti buat hal..Ni kat Australia ni pun dia nk merapu ..sy libaskan je dia apa ada kat tangan..geram sgt,” akhiri Rozita.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memuji sifat Rozita sebagai seorang ibu yang tegas dan penyanyang.
Apa-apa pun, semoga hubungan kekeluargaan ini membawa kebahagiaan selamanya hingga ke syurga.
Video : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pertama Kali Sama-Sama Atas Pentas, Terima Kasih Isteri,” – Bella Astillah Menari Iringi Aliff Aziz
“Dia berlatih dalam masa dua hari macam tu, lets have some fun.”
Itu reaksi penyanyi Aliff Aziz selepas ditanya mengenai keberadaan isteri, Bella Astillah yang turut sama menari mengiringi persembahannya itu di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), semalam.
Menerusi konsert minggu ketujuh itu, Aliff menyampaikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal oleh Afgan.
“Bila lagi kita nak ada kesempatan beginikan? Saya harap semua orang terhibur bila ada elemen kejutan itu.
“Pertama kali kami sama-sama di atas pentas. Rasa teruja. Apa pun terima kasih banyak kepada isteri saya kerana ‘sporting’ dan sudi untuk berada di atas pentas bersama dengan saya di Gegar Vaganza. Sangat gembira,” katanya.
Ditanya mengenai komen juri jemputan, Datuk M Nasir sejurus dia selesai membuat persembahan, penyanyi lagu Sayang Sayang ini rasa terharu dan cuba menambah baik persembahannya selepas ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab sekali lagi diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan juri yang berkaliber.
“Bila dapat tahu Datuk M Nasir akan beri komen, saya boleh rasa apa yang ingin disampaikan beliau.
“Saya gembira dan berterima kasih untuk kata-katanya. Apa yang yang boleh saya perbaiki selepas ini, saya akan analisa dan cuba yang terbaik, insya-Allah,” katanya lagi.
Aliff memperolehi markah sebanyak 71.90 peratus di belakang Nikki Palikat yang unggul di tempat pertama dengan 72.30 peratus.
Minggu hadapan, Aliff bakal menyanyikan lagu Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, runut bunyi bagi drama Papa Ricky.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI