Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof berterima kasih kepada semua penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei apabila filem epik berkenaan kini berjaya mencatat kutipan RM80 juta setakat ini.
Menurut Syamsul, sudah tiba masanya industri filem tanah air untuk bangkit.
“Kepada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda.
“Kepada yang katakan filem saya kali ini sampah dan lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana ‘there’s no such thing as perfect film’ (tidak ada filem yang sempurna),” katanya, memetik Harian Metro.
Dia pada masa sama optimis untuk terus fokus dan cuba membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat tertinggi sebaik mungkin.
“Insya-Allah, saya akan terus fokus dan sedaya upaya membawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walaupun terlalu banyak kelemahan dalam industri filem Malaysia.
‘Kelemahan’ inilah yang sudah membunuh industri dan pengkarya filem.
Ads
“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), orang filem dan kerajaan ayuhlah bangkit baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini,” katanya lagi.
Ditanya jangkaan filem itu mampu mencecah kutipan RM100 juta menjelang akhir bulan ini, Syamsul berkata, dia mensasarkan RM90 juta.
Ads
“RM100 juta itu terlalu tinggi, saya tak yakin tapi kalau RM90 juta mungkin. Itu pun tengok keadaan dan momentum filem ini macam mana. Filem ini pun dah agak lama dan lebih tiga minggu.
“Soal jumlah kutipan ini biar dulu, apa saya nak tekankan di sini adalah industri filem kita perlu bangkit,” katanya terhadap progres naskhah terbitan Kembara Studio itu.
Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkesempatan berbuka puasa bersama rakan penyampai radio senior, Halim Othman, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun media sosial Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin menyingkap detik awal dia terlibat dalam konti radio.
Menurut Fizi, Halim antara mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dunia penyiaran radio.
“Hari ni berbuka dengan papa. Eh salah Abang Halim. Tak sangka setelah bertahun jumpa kembali. Ni la mentor saya dan antara orang yang ajar saya dalam dunia radio.
“Sampai awal-awal orang cakap saya tiru Halim. Ada nak bgtau papa apa-apa nanti saya sampaikan. Eh papa lagi. Abang Halim,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan isi hatinya mengenai liku-liku kehidupan yang dilaluinya sebagai seorang pesakit kanser tahap empat pada tahun 2017.
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal itu tetap tenang berdepan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan meski pelbagai keperitan yang dilaluinya.
“Throwback. Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4.. Setelah pulahan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.
“Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat cerita kan kepada kalian. Terpuruk saya,biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap HADAPI DENGAN SENYUMAN. Insyallah,” tulisnya.
Dalam masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Diriku Tapak Sulaiman itu menasihati sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang berdepan situasi sama, diharap agar sentiasa berdoa.
“Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser, selalu lah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang.
“Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harap kan. Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda.Kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. #lymphomafighter #stage4cancer #cancersucks,” akhirinya.
Terdahulu, peserta Gegar Vaganza musim ke-4 itu mendedahkan kepada umum bahawa dirinya merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat pada November 2017.
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...