Pelakon, Azhan Rani berang selepas mendedahkan dirinya sekali lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas dilanggar motosikal lain yang dipercayai ditunggang secara berbahaya.

Menurut Azhan Rani, insiden berlaku di Batu Caves, Selangor, semalam.

Menurutnya, individu berkenaan seakan tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang ketika itu sedang sesak dengan kenderaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada… “Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada…

“Kepada yang menggelupur bijik orang pakai motor kau pun nak pakai motor meh aku nak bagitau. Tak kisah la berapa mahal pun motor kau, berapa ribu cc pun enjin kau, berapa nipis block kau dah korek, kau dah pasang sayap kapal terbang ke kat motor kau, aku nak bagitahu bawa motor jangan macam beruk.

“Kau nak layan speed ke corner ke bukan dekat jalan jam macam ni hanat. Kau cucuk-cucuk orang lepas tu kau cakap kau tak sempat break. Jadahnya. Kau laju-laju tengah jalan jam ni kau dah kenapa?,” tulisnya.

Ads

Rasa amarah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Nur itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, sikap seperti itu bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada orang tetapi diri sendiri juga.

Lantaran itu, Azhan mengingatkan para penunggang motosikal supaya menunggang secara berhemah lebih-lebih lagi ketika kadaan trafik sedang sesak.

“Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada… “Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada… “Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada…

Ads

“Orang nak pilih kau wakil Malaysia masuk grand prix ke? Takdenya setan. Sudahnya kau rugi. Aku yang baru berapa hari tengok motor ni bernyawa balik pun rugi. Calar kat motor tu bukan isu dia.

“Kau dah tergolek dah masuk besi bagai seumur hidup kau akan tau azabnya. Tu pun nasib ada peluang hidup.

“Kepada beruk-beruk baru dapat motor tu tolong la ubah perangai ride korang. Ya kau la rider terpaling hebat tapi pergi la main kat litar. Bukan kat jalan jam ni. Cukup-cukuplah la aku jadi mangsa bongok orang lain,” ujarnya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Azhan.

“Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada… “Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada… “Kepada Yang Menggelupur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemalangan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada…

Awal tahun ini, Azhan pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Templer, Rawang, Selangor sehingga mengakibatkan tulang belikat pecah manakala tulang bahu dan rusuknya pula retak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI