Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
Ads
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jaguh lompat tinggi para negara, Abdul Latif Romly,24, akui lebih selasa jika ramai mengenalinya dalam lapangan sukan berbanding perkara lain.
Malah sebelum ini, wajahnya yang disifatkan mempunyai iras aktor Remy Ishak sewaktu bertanding pada Paralimpik Tokyo 2020 lalu oleh sesetengah netizen turut mencetuskan tular.
“Macam Remy Ishak? Tak kot, saya orang biasa je. Saya tak ada apalah…” katanya sopan.
Dia bagaimanapun sebolehnya mahu lebih memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai sukan paralimpik.
“Bagi saya, biarlah orang kenali saya atas sebab sukan. Kalau boleh saya nak semua rakyat Malaysia tahu apakah itu sukan paralimpik,” katanya lagi.
Berkongsi pendirian sama ada dia dia berminat untuk terjun ke bidang komersial, Latif tidak mempunyai masalah sekiranya ia tidak bercanggah dengan jadual latihan
“Kalau berlakon saya memang tak tahu. Tapi kalau jadi model, saya ok. Janji tidak melanggar jadual latihan yang telah ditetapkan untuk saya,” jelasnya.
Komitmen tersebut nyata dibawanya dengan baik selepas menjadi antara ‘muse’ Neonate Clothing dengan memperagakan busana baharu jenama itu di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, minggu lalu.
Menurut Latif, perasaannya gugup sebelum pertunjukkan bermula. Namun, situasi itu mulai berubah apabila sudah berada di atas pentas ‘runway’.
“Pada awalnya, saya memang gementar, maklumlah pertama kali berjalan sebagai model. Tetapi, apabila sudah berada di atas pentas peragaan, rasa gugup itu terus hilang. Alhamdulillah saya berjaya habiskan acara berkenaan,” kongsinya.
Untuk rekod Neonate meraikan atlet negara sebagaimana jenama antarabangsa melantik pemain bola, atlet Olimpik sebagai ikon fasyen mereka dengan menampilkan gaya dan stail yang berbeza daripada kebiasaan mereka di padang.
Dalam perkembangan lain, Latif memberitahu yang dia kini sudah kembali sibuk dengan latihan sebagai persediaan untuk Asia Para Games dan World Para Athletics Championship untuk tahun depan.
“Saya sudah mula sibuk kerana saya target untuk meraih tempat di kedua-dua kejohanan berkenaan. Selain itu, saya dan tunang juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember 2022,” katanya.
Terdahulu, kerjasama di antara Kamya Glow dan Neonate di KLFW tahun ini turut selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.
Malah kolaborasi unik ini juga sebagai menyokong semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi di antara dua jenama ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, mereka yang menemui satu kejayaan pasti akan menempuhi fasa kegagalan terlebih dulu.
Pastinya, ia bukan satu perkara yang mudah.
Terbaru, artis versatil Zulin Aziz ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Aziz berkongsi satu tips untuk bangkit daripada kegagalan atau bagaimana untuk meneruskan kehidupan daripada satu kekecewaan.
“Pertama sekali adalah reda, tapi macam mana kita nak reda tu adalah bila kita pandang ke depan. Kita ni nak hidup sampai esok sahaja ke? Jadi kenapa kita nak bersedih dengan kegagalan?
“Allah masih bagi kita ruang lagi, selagi kita masih bernyawa dan kita masih ada lagi kesempatan masih ada peluang untuk merasai bahagia.
“Jadi bila kita rasa kegagalan kenapa kita nak rasa kegagalan itu seumpama esok macam kita dah nak mati.
“Selagi kita hidup InsyaAllah akan ada benda yang lebih baik dalam hidup kita,” kongsi Zulin.
Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, namun bagi Atikah Suhaime, sambutan tahun ini tiada bezanya berbanding tahun sebelum ini.
Sebak tika diaju persoalan perihal persiapan rayanya, pelakon dari Singapura ini mengakui, sepatutnya pada Aidilfitri tahun ini, dia sebetulnya bergelar seorang isteri.
“Sedihnya soalan. Sepatutnya ada kelainan tahun ini tapi tak ada. Jadi perayaan sama sahaja dengan tahun yang lain,” kongsinya ringkas kepada MH.
Biarpun impian mendirikan rumah tangga musnah, namun dia terbuka soal jodoh.
Malah, kesibukan kerja juga sebenarnya turut mengubat luka di hati, sekali gus mampu melupakan apa yang terjadi sebelum ini.
“Bagi saya ini adalah masa yang sangat sibuk. Jadi tak terfikir untuk merawat hati. Kalau tak sibuk, mungkin ada masa untuk sakit hati.
“Saya tetap berkawan dengan sesiapa. Kalau nak ajak saya keluar, silakan. Saya okay,” tambahnya.
Tiada dendam dan sentiasa positif, aktres jelita ini juga tidak menafikan dirinya masih berhubung dengan bekas tunang, Awi Rafael.
“Kami masih kawan yang sangat baik dan masih berhubung. Lagipun saya dah berkawan tujuh tahun dengan dia.
“Saya tetap nak berkawan dan jangan pernah buang persahabatan. Kakau nak berpisah, berpisah dengan baik.
“Kita kena positif dengan kuat. Dekatkan diri dengan tuhan,” ulasnya.
Atikah ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Atikah juga turut meluaskan sayap dalam bidang pengacaraan selepas mengambil keputusan berehat daripada dunia hiburan tidak lama dulu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu Osem Han, melancarkan lagu terbaharu berjudul Masih Bisakah sebagai respon erhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga...