Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.

Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.

“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34

IKLAN

“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.

“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.

Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI